Rabu, 20 November 2013

Sepetang bersama Blooggers di majlis pelancaran Videobrosur

Salam,

Alhamdulillah selepas last minute try, saya telah dijemput ke satu event pelancaran #videobrosur bersama #blooggerstv di Khadijah's Kitchen, Setapak, Kuala Lumpur pada 16 November yang lepas.

Video brosur merupakan satu medium pengiklanan menggunakan video melalui media digital dan sosial yang dibangunkan oleh Bleu Nagas production Sdn Bhd. Terdapat pakej-pakej yang menarik untuk semua pengusaha-pengusaha bisnes, SME terutamanya diluar sana untuk mencuba memasarkan produk melalui medium ini. Nak tahu apa pakej yang menarik itu, boleh la melayari laman web mereka di www.videobrosur.com.my

Mr Mohan Krishna, CEO Bleu Nagas 
Untung menjadi sebahagian komuniti Blooggers yang menghimpunkan barisan bloggers yang hebat-hebat. Dapatlah saya mengenali dan mempelajari serta beramah mesra dengan mereka semasa di dalam sesuatu event. So please jangan serik invite saya yea.. hehehehe.. Pi je like facebook page mereka di bloogers dot com untuk turut sama menjadi sebahagian daripada komuniti bloggers.

Sebahagian daripada komuniti Blooggers
Semasa event pelancaran ini, kami telah disajikan dengan sajian yang sungguh enak dan satu pengalaman yang paling best adalah bertemu dan dihiburkan oleh penyanyi yang hebat dan masih hebat iaitu Dato' Khadijah Ibrahim yang merupakan owner Khadijah's Kitchen. Kelunakkan suara beliau menyampaikan dua buah lagu "Doa buat kekasih" dan olahan semula "Getaran jiwa" telah berjaya memukau semua yang ada pada petang itu.



Sungguh seronok sepetang bersama geng #blooggers, #videobrosur dan Dato'. Tahniah diucapkan kepada blooggers dan Blue Nagas diatas penganjuran event ini dan pelancaran videobrosur.

Sehingga bertemu lagi.


Selasa, 19 November 2013

#mostglam Dinner

Salam,

Masih belum terlambat untuk saya ceritakan majlis makan malam atau secara khususnya dinamakan Glam dinner yang telah diadakan di Marriot Putrajaya pada 9 November yang lepas.

Saya rasa bertuah kerana telah dijemput dan menghadiri ke majlis yang penuh glamorous dan esklusif ini bagi meraikan kejayaan Glampreneurs yang rata-ratanya anak muda melayu merangkul pangkat tertinggi dalam syarikat iaitu Crown Diamond Manager (CDM).

Dengan tema Hollywood Glamour, saya tampil dengan gaya formal kasual seperti gambar dibawah.



dan berikut adalah antara moment yang sempat dirakamkan (credit to tuan punya kamera; Mr Rawlins)

Our team

OneD wannabe?? hahahaha

With Raz - Founder Glam

With Hanis -Founder Glam

All happy faces - Perasan tak I pegang award??
Saya sangat teruja melihat kemeriahan Glamdinner ini. Dewan dihiasai indah, disajikan dengan makanan yang sedap dan dihiburkan oleh live band. Saya lagi teruja bila mengetahui majlis yang penuh gilang gemilang ini diuruskan 100% oleh Glampreneurs sendiri. Tabik spring dengan committee yang telah bekerja keras memastikan Glamdinner berjalan dengan lancar.

Antara acara yang telah dijalankan adalah Penganugerahan, Cabutan bertuah, dan Best Dress which ketiga-tiganya saya tak dapat ( huaa sedih). Tapi takper... In Shaa Allah tahun depan saya akan berusaha lebih untuk memastikan saya merangkul kesemuanya. Bwahahahahahaha...