Sabtu, 13 Februari 2016

Mengimbau memori di Crab Hut Asia

Salam,

( Pssssstttttt...lihat siapa yang membuat kemunculan kembali setelah sekian lama menyepi dalam arena berblogging niehh?? )

Yea Yea tahu... blog aku memang tahap hidup segan mati tak mahu ni.. Meh tolong sapu habuk sikit..ngehngeh.. sikit ke?

Sebenarnya ada benda nak cerita ni. Benda best. Sebelum cuti tahun baru cina hari tu, aku pergi Langkawi. BEKERJA. selama seminggu kat sana. So banyakla kenangan yang "menyeronokkan" berlaku kat sana. Salah satu peristiwa ialah ketika makan malam steamboat seafood yang menyebabkan aku teringat-ingat ketika makan seafood dekat Crab Hut Asia yang terletak di Cyberjaya.

Steamboat seafood tu biasa jer tapi seafood dekat Crab Hut Asia nie memang awesome. Restoran ni bukanlah berkonsepkan steamboat tapi berkonsepkan makanan laut yang dihidangkan dan diletakkan di atas meja. Pinggan-pinggan ni dah tak main laaa beb..ngehngeh....Pelayan tu hamparkan jer makanan korang atas meja.

Songlap gambar cik lily putih. ngehngeh
Ini adalah pengalaman pertama aku makan gaya serupa nie dan pengalaman ni nak bagitahu kat korang memang lah terbaik. Kenapa aku cakap macam tu? Ini adalah kerana kau dah tak payah nak tersipu-sipu malu nak meratah isi ketam yang lembut dan segar. Ditambah pula dengan sos yang sangat lazat.







Difahamkan di Crab Hut Asia ni, sos yang spesial akan berubah setiap 2 bulan. Kalau korang tak sempat nak merasa, nampak gayanya kau kena lah tunggu. Tapi dalam banyak-banyak sos tu aku suka jamba-jamba sauce yang dipadankan dengan brown crab. Ketam kat Crab Hut Asia ni banyak spesis dia dan diimport segar tapi pada aku ketam adalah ketam.. hahahahahaha janji sedap.

Selain ketam ada juga lobster, mussel, clam, sotong dan udang. Apa yang aku boleh katakan, korang boleh rasa kesegaran setiap hidupan laut ni. seolah-olah korang tangkap dalam laut dan terus masak. Time-time tu jugak makan.




So apa lagi. Jom lah kita ke Crab Hut Asia. Yelah tengah ada promosi time nie dimana pakej ini menawarkan 2pcs lobster dalam berat kira-kira 800gm pada harga RM155. Tapi kena cepat lah sebab promosi akan berakhir bulan ni. Kalau korang nak tahu apa lagi promosi yang ditawarkan, jengah sahaja website ( http://crabhut.asia/ ) dan FB ( https://www.facebook.com/crabhutasia/ ) Crab Hut Asia.

Atau lagi senang korang terus call dan pergi sana terus

Crab Hut Asia
P2-25,
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya

Untuk tempahan : 03-8322 6861

Semua gambar-gambar diatas aku amik orang punya. Yelah tangan kau dah berlemoih dengan sos macam mana nak snap gambar.. hahhaaha berlemoih nie orang utara cakap. Maksud dia korang pergi la tanya kawan korang.. hahahahahahahaha

So photo credit to Mr Wilson Ng dan Cik Lily Putih. Terima kasih

Yang bukanlah Mr Crab,

Selasa, 21 April 2015

Kasih Ibu di Puri Pujangga

Salam,

Tiada idea nak sambut hari ibu dimana? Mari raikan Kasih Ibu di Puri Pujangga kerna Ibu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi seorang yang bernama anak. Meraikan ibu adalah saat kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka membesar dan memelihara kita selama ini. Klise apabila sambutan Hari Ibu bagi sesetengah orang mengatakan bahawa jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh dinilai dengan hanya satu hari sambutan dalam setahun. Namun meraikan Ibu dilihat dari konteks dan pengertian yang lebih besar kerana ia adalah salah satu daripada luahan kasih seorang anak yang mahu ibu dihargai dan dikongsi bersama dengan ahli keluarga tercinta.



Hotel Puri Pujangga berbangga meraikan ibu-ibu melalui 'sambutan Hari Ibu' dengan pelbagai jenis aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga dan orang tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman moktail dan diberikan cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan urutan tangan dan bahu oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. Pelbagai jenis juadah buffet hi tea juga disediakan bagi memastikan ibu dilayan seperti Permaisuri dalam sehari tersebut. 

Antara juadah-juadah yang disediakan
Kredit gambar: Rawlins GLAM
Selain itu, mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, satu sesi pertandingan menghias cupcake akan diadakan. Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak ternilai harganya. Malah satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Anak-anak kecil boleh meluangkan masa dengan aktiviti mewarna yang disediakan dan kaum keluarga yang lain boleh berkaraoke lagu kesukaan masing-masing sepanjang hi tea tersebut.

Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 10 May 2015 dari jam 12.oo tengah hari hingga jam 4.oo petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.oo nett untuk dewasa dan 5o% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga dua belas tahun. Pahatkan kenangan indah bersama Kasih Ibu di Hotel Puri Pujangga. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

KHAILA KHALID
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
436oo UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Pejabat : +6o3 8922 2891 I Mobile : +6o17 699 2437

Websi te : www.puripujangga.com.my



Yang sayang Ibunya,