Salam,
Pada suatu hari iaitu hari Sabtu
tanggal 8 Jun 2013, saya telah diajak untuk pergi ke LG Fiesta yang penuh
dengan warna warni. Saya sangat suka maka seawal jam 8.30pagi saya dah berada
di lokasi LG Fiesta itu bersama rakan bloggers yang lain.
Saya jadi takjub dengan khemah LG
Fiesta yang sangat gah dan tersergam indah memenuhi dataran dihadapan e@Curve.
Lantas saya menjadi semakin teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk meneroka
khemah LG Fiesta yang gah lagi indah itu.
Maka selepas sesi pendaftaran
selesai, saya diletakkan dalam kumpulan 9 dan saya masuk kedalam khemah
tersebut dengan penuh keterujaan. Sejurus selepas kaki ini melangkah masuk,
mulut saya ternganga luas melihat tv pertama terbesar didunia yang dinamakan
84LM9600 TV Ultra HD. Saya hampir terduduk namun nyaris lutut saya masih kuat
untuk saya berdiri melihat kebesaran tv tersebut.
Dikesempatan ini, dapatlah saya
dan rakan-rakan bloggers yang lain bersuaikenal sebelum kami dihentikan oleh
dua pengacara majlis yang mantopp menandakan majlis telah bermula. Majlis
bermula dengan penerangan produk LG yang terbaharu iaitu tv sebesar alam yang saya
katakana sebentar tadi iaitu 84LM9600. Segala ciri-ciri yang hebat telah dirangkumkan dalam gambar dibawah ini. Klik sahaja pada gambar tersebut.
Kemudiannya kami telah dibawa
mengeksplorasi khemah LG Fiesta dan diberi penerangan mengenai produk-produk
yang hebat antaranya LG60 Inch Cinema 3D Smart TV (60LA8600) yang mempunyai ciri-ciri
berikut diantaranya; Smart Home, Cinema Screen, 3D World, Miracast, Time Machine dan Magic
remote. Klik sahaja pada salah satu gambar dibawah untuk lebih terperinci.
Paling membuatkan hati saya lebih teruja adalah LA8600 ini boleh dipadankan dengan 9.1CH Cinema Sound Home Theater (BH9530TW) untuk pengalaman menonton yang hebat. Ianya terdiri daripada 9 pembesar suara pelbagai arah dan sebuah woofer yang dapat memberikan definisi bunyi yang dinamik, tepat dan tulen seolah-olah menonton di pawagam. Kualiti yang terbaik pada sistem suara ini adalah disebabkan oleh penggunaan Aramid Fiber yang sangat resistan kepada stimulasi luaran bagi mengurangkan gangguan bunyi yang lain. Sudah tentu ini adalah kombinasi yang sungguh tepat dan jitu ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain. Klik pada gambar untuk lebih details.

Selepas selesai sesi penerangan,
kami dibawa kembali ke gelanggang utama untuk sesi permainan. Terdapat 3
permainan iaitu Pengetahuan tentang produk LG, Teka Movie dan Tiru Gaya Oppa
Gangnam style. Saya dan ahli kumpulan 9 sungguh beriltizam untuk memenangi
ketiga-tiga acara ini namun kami tetap berpuas hati berada di tempat ke-2
walaupun peluang untuk memenangi LG Pocket Printer yang hebat dan comel telah
musnah. NAMUN saya berharap saya memenagi LG TV 42” LA6200.
LG Pocket Printer |
Jangan lupa untuk klik LG Life isGood untuk mengetahui updates terkini.
Saya sungguh gembira dan terima kasih diucapkan kepada LG and Advertlets kerana menganjurkan dan menjemput saya dan rakan-rakan bloggers yang lain. Juga kepada Bro Framestone, Rawlins, Makcikzkonah, kifli mally (credit for pictures) dan semua.
5 ulasan:
Welcome back!
Comeback yang meletup berserta penulisan yang bersahaja dan comel!
Keep it up!
Wah seronok nak join fiesta lg boleh?
Owh terima kasihhh
Terima kasih Macikz Konah yang ajak.. Best tau...nnt ajak lagi yea
Nnt ajak saya lagi yea
Catat Ulasan