Jumaat, 27 September 2013

Pernah tak?

Salam,

Pernah tak, korang rasa berdebar-debar sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Bila bangun dari tidur rasa macam, hurmm what the heck.. pastu sambung tidur balik. Namun makin korang cuba tidur makin cerah biji mata korang.

Source : Google
Bila jam menunjukkan 3.30 pagi dengan kedinginan malam, time tu jugak lah korang tetiba rasa seram sejuk meremang bulu roma bagai. Terus korang tarik selimut laju-laju sampai tutup kepala. tiba-tiba jantung korang berdegup kencang bila korang terdengar bunyi desiran angin melalui celah-celah tingkap menyebabkan otak korang ligat berputar teringat cerita hantu yang korang tengok time premier screening dengan kengkawan korang.

Korang mula resah bila kedinginan malam tak lagi dingin dek kerana korang berangan beli comforter yang memang tinggi kualiti yang boleh mengekalkan kehangatan macam korang tu duduk kat oversea sana. Pastu korang dah mula serba salah, samada nak buka selimut atau kekal dibawah selimut.

Tetiba korang dengar orang berjalan, pastu korang terfikir apasal la plak dorang ni jalan tengah-tengah malam. Tapi fikiran tu sekejap jer bila ianya berganti dengan fikiran bagaimana yang berjalan tu sebenarnya bukan orang. Sudah!!! korang kata.. Macamana ni dan tak semena mena peluh mula mengalir keluar disebabkan ketakutan campur panas.

Pastu korang terkejut lagi sebab alarm handphone korang berbunyi. Tapi korang sangat yakin korang set alarm bukan jam 3 atau 4 pagi tapi jam 6 pagi. Kenapa tetiba bunyik lak. Dek kerana takut, korang diam bawah selimut pujuk mata untuk tidur semula sampai alarm berhenti berbunyik. Sekali lagi korang terkejut sebab alarm berbunyi lagi ( siapa suruh korang set alarm banyak-banyak dalam handphone ). Namun kali ni korang beranikan diri untuk bangun dan keluar dari selimut untuk off kan alarm dan korang telah dikejutkan sekali lagi apabila korang tengok jam kat handphone korang dah jam 630 pagi.

Korang terus pusing tengok jam dinding masih utuh pada kedudukan jam 3.30pagi.. demmm pastu korang terus tak rasa takut dah..

The end.


Tiada ulasan: