Selasa, 22 Oktober 2013

Saya Suka Dot Dot Dot Edisi Main

Salam,

Wahhh.. saya suka dot dot dot kini kembali dengan edisi kali ini main. Siapa tak suka main sila scroll laju-laju ke bawah ( tapi kena baca gaks..baca main-main jer ). Entri ini khas untuk mereka yang suka bermain. LoL

Main ada macam-macam jenis main cuma main yang nak dikongsikan adalah main game. Game pulak ada macam-macam jenis game. Untuk edisi kali ini terimalah saya suka main 5 games di handphone saya. 

#5 Minion Rush

Why? Simply because ianya melucukan tengok budak kuning berlari siap boleh langgar-langgar kawan dia. hahaha konsep bermain sama macam temple run dan yang sewaktu dengannya. Lari dan elak jer. I suka sebab game ni kelakar. tu jer



#4 Dead Trigger

Why? Because ada zombie. LOL. Game dia mudah jer, simply ikut arahan yang diberikan, tembak zombie and stay alive. Mudah kan. So kalau time-time stress ngan orang yang tak berapa best boleh imagine dia jadi zombie and kita boleh tembak dia tanpa perlu risau kena tangkap...LOL.. Dengar ura-ura kan ada Dead Trigger 2.. Wah tak sabar nak download.

#3 Castle Clash

Game ni boleh kata baru gak didownload dalam handphone. Well kalau suatu ketika korang pernah suka main farmville, ni game yang korang boleh suka gaks. Cuma game ni bukan tanam-tanam la. Game ni basically kita kena bina castle, train askar, pergi lawan musuh untuk collect duit. Macam tu je, mudah kan. Tapi tulah nak membina, train troops dan collect hasil memang memakan masa yang lama. Seriously lama. Tapi apa yang menyebabkan aku suka game ni ialah sebab suatu ketika dulu aku pernah main farmville gaks.. LOL

#2 Blood Brothers RPG

Woow..game ni aku dah main lebih dari satu tahun. Suka sebab ilustrasi pelbagai jenis karakternya yang sangat cantik atau dalam game ni ianya dipanggil familiar. Cara main pun senang jer, jalan and lawan. Kawan aku panggil games ni victoryvictory sebab bila menang perkataan tu yang keluar. Basically Familiar yang kuat menang, yang lemah kalah but kalau korang pandai susun atur korang punya brigade yang lemah pun boleh menang tau. So selama ni aku hanya sibuk nak dapatkan familiar yang kuat jer...hehehe yang lemah aku jual..LOL... Tapi biasalah yang kuat memerlukan duit yang sebenar. Kalau tak guna duit, bukan tak boleh dapat, boleh tapi memang sukar untuk dapatkannya.

#1 WIND Runner

Wah game ni aku tengah addicted. Memang best walaupun hanya lari dan elak halangan untuk mencapai score yang tinggi bagi mengatasi kawan-kawan kita. Hahahaha tapi nak dapat score yang tinggi bukan mudah tau...makan hati jugak lahh.... huaaa sangat stress main game nie.. hehehehe tak cukup ngan rakan-rakan yang sedia ada, dia tambah satu stage yang dinamakan Championship untuk lawan dengan pemain-pemain di seluruh dunia. Wah memang stress. Tapi sebelum nak main game ni korang kena download apps LINE dulu. 


So semua games diatas boleh didownload secara percuma sahaja dari apps store masing-masing tak kiralah Android atau pun iOS. Dan ini adalah games yang aku suka main time lapang, time bosan-bosan. Korang main apa kat handphone korang. Takkan takde game langsung kot.. Kongsikan lahhh


Yang bukan gamers pun,


semua gambar diatas aku cari di Google

Tiada ulasan: