Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

Tragedi lagi musi"bah"

Salam,

Sadis sungguh tajuk entry. Ngeh..ngeh takderlah tragedi apa sangat pun saja exaggerated sikit. Cuma beberapa hari kebelakangan ini ada beberapa series of unfortunate events katanya.

Source : Google

First sekali bila kita perlukan kerjasama dari sesetengah individu yang memang pada dasar hati dia tak nak membantu kita. So memang susah la kan. Sekuat mana pun kita buat, kerjasama itu takkan datang dengan mudah dan akhirnya ianya bukan lagi kerjasama tapi lebih kepada paksa dan rela. So sorry la kan, kalau kau tak dapat nak tolong aku dan bila diarah pun kau buat tak tahu terpaksalah kita guna individu yang mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan kau. Funny is boleh lak kau buat. Don't get me wrong, I'm not angry but I'm more to frustrated. Dilabel sebagai seorang yang tak considerate and selfish adalah satu tindakan yang tak adil. Lebih-lebih lagi selepas kau telah diberi tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikannya but you choose to sambil lewa je. Long short story aku dapat apa yang aku nak and kau boleh proceed ngan kerja kau tanpa "gangguan" dari aku at least for next 3 months laa.. miahahahaha 

Source : officemate edited byMe


Dalam pada drama kat atas ni nak habis, boomm tetiba hujan turun mencurah-curah dalam office sehingga banjir. Hadoo. Since aku kerja kat sini, ini merupakan banjir kali yang ke-3 kat dalam office. So apalagi sinsing seluar terus selamatkan harta benda, tutup suis dan apa jua yang boleh diselamatkan. And immediately terus rasa penat. Penat bukan disebabkan kau nak kena kemas office ( sebab ada cleaner ) tapi penat dengan proses baikpulih office. Tell you, ianya akan memakan masa yang lama. Bukan sebab takde orang nak buat, tapi nak mencari peruntukan untuk bagi orang buat itu yang memakan masa. So nak buat macam mana, nak taknak hadap jelah. The best is mana yang boleh kita fix, kita fix dan kemas seselesa yang mungkin untuk kita bekerja.


Source : Google

Maybe...just maybe, akibat 2 peristiwa diatas menyebabkan badan kita sakit. Kepala pening, tekak sakit, batuk dan sakit sendi. Terus hari minggu bertukar menjadi hari melepek di rumah jer. Alhamdulillah, thanks to family yang penyayang ( masak sup and bubur ) sakit pun dah beransur-ansur hilang. coconut shake memang mujarab.. LOL

Aku percaya semua yang berlaku ni pasti ada hikmah disebaliknya. In Shaa Allah.





Yang exaggerated,

Khamis, 26 September 2013

Jangan marahlah uncle

Salam,

Source : Google
I tak suka marah-marah tau. Marah adalah satu ekspresi emosi yang paling tak best. Kejadian pagi tadi menyebabkan mata yang mengantuk menjadi segar bugar.

Actually boleh kata setiap pagi pasti ada drama si bapak marah si anak tapi kejadian pagi ni betul-betul membuatkan I tersentak dari lamunan ( LoL.. Ko memang kuat mengelamun )

You tell me how can I tak tersentak bila si bapak menjerit memaki si anak dengan frasa "babila". I wonder macamana lah perkembangan psikologi si anak but I'm not surprise kalau si anak tu tak boleh mendengar dan mengikut cakap atau "nasihat" si bapak. I know si bapak marah namun memaki sedemikian rupa memang melampau.

Bukan niat nak mengajar tapi si bapak perlu dididik sebelum mendidik. And entry ni juga sebagai nasihat kepada diri I sendiri supaya bila suatu hari nanti bila I sudah bergelar Ayah, I boleh control my anger.


Yang tak suka marah
Jae Hashim

Khamis, 12 September 2013

Are you OK ke idokk

Salam,

Okay ke tidak?? Soalan yang acapkali digunakan dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh;

Situasi 1

Si A : Kau rasa OK tak, kalau aku kawan ngan Si C?
Si B : OK sangat, Tapi....... [ Pandai-pandai la nak sambung dialog ni ] miahahahaha

Situasi 2

Adik manis : You rasa Ok tak kalau I pakai baju ni?
Abang macho : Erkkk (dalam hati) " Sudah, berat soalan ni?"

Dan banyak lagi lah situasi dimana pengunaan statement OK ke tidak ni dalam kehdupan seharian kita.

Tapi paling penting kita mesti tanya tak kiralah parents ke, pasangan ke, adik-beradik ke, kawan- kawan ke, tak kisahlah sesiapa soalan "Are you Okay?" dan menjadi pendengar yang setia kepada setiap permasalahan atau cerita gembira yang akan dikongsikan bersama kita.

Yelah ini sangat penting, kekadang kita tengok luar nampak happy and muka banyak senyum tapi jauh disudut hati, mereka mungkin memerlukan anda.

So amiklah sedikit masa untuk bertanyakan soalan ini. Tak lama mana pun.

So Okay ke tidak? atau dalam intonasi zaman ini, Ok ke idokkkkk??

Yang buat masa sekarang ni Okay,