Khamis, 4 Disember 2014

Drama penuh aksi dan cinta arahan Jehan Miskin cipta dimensi baru dunia televisyen tempatan

Salam,

Seronok rasanya hati ini bila mendapat jemputan menghadiri Tayangan Perdana drama “SELUDUP” di TGV One Utama, Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu. Tayangan perdana tersebut dihadiri para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd.

Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP
Drama “SELUDUP”yang  dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember, hari ini y’all dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014. Drama yang ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip pasti membuatkan anda melekat terus pada TV.

Pekin Ibrahim memain watak Amran dalam drama siri SELUDUP
Tiz Zaqyah memain watak Yasmin dalam drama siri SELUDUP













Namron memain watak Tam dalam drama siri SELUDUP

Syafie Naswip memain watak Jai dalam drama siri SELUDUP
Raja Ilya memain watak Rina dalam drama siri SELUDUP
Sedikit sinopsis mengenai drama ini yang berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.


Jehan Miskin,
Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din
Syabas diucapkan kepada Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon, telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.

Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.

Dan menurut saya pula dari kaca mata seorang penonton, drama “SELUDUP” ini berjaya membuatkan saya jadi tak sabar nak tengok apa yang bakal terjadi kepada Pekin selepas menonton tayangan perdana ini. So pastikan anda melekat di depan TV setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


Yang bukan penyeludup,