Sabtu, 28 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum,





Wahhhh malam esok ada juara lagu yang ke 26.. syok syok tak sabar nak tengok sapa menang.....

korang rasa siapa?? ke korang tak amik kesah pun??

Apa apa pun aku suka tema dia walaupun aku tak tau apakah signifikannyer air ngan AJL...sesapa tau kasitau aku erkk

InsyaAllah yang akan tengok AJL26

Jumaat, 27 Januari 2012

Keseronokkan!!!!!!! ( yeker???)

Assalamualaikum, ( waalaikumussalam )

Rasa seronok dua tiga hari nieh... ( eh apsal lak ko nie seronok2 sgt nieh)

Seronok sebab sibuk.. ehh bukan menyibuk tepi kain orang... no no no.. bukan itu yea... tapi seronok sibuk ngan kerja... selama 5 tahun aku kerja tak penah aku sesibuk nieh.. ( hurmm nak bodek laaa tuhhh )

Tak terasa pun masa berlalu..tup tup dah nak balik.. terasa diri ini sungguh produktif and kira keja seperti yang dibayar lahh.. ( alahai poyo lak aku rasa mamat niee )

Lantak la kan...tapi telus mmg aku happy sebab aku tau semua nie hanyalah bersifat sementara jer.. so kena enjoy laa moment nieh..at least sok leh sembang2 kata aku busyyyy.. hahahahahahaha ( apa la yang nak dibanggakan sangat ntah ngan banyak keje.. hurmm )

semalam last jadi bosss.. hari nie big boss dah masuk..kalo big boss masuk maknanya angpow laaa..hikhik ( see i told u, mamat nie kipas baekkkkk punyaaaa... buat entry poyo poyo macam nie... ntahapehapentah ) <--- eh sore kecik, apasal ko dengki sangat nie.. sukerti laaa ( hurmm whateverrrrr )

Yang sibuk ( yang penyibuk )

Khamis, 26 Januari 2012

APA KES NIEH!!!!!

Kes apa ko tanya aku...???


Tuh dia... bagi salam dulu naa...

Assalamualaikum..

Takde pape kes...hikhikhik.......cuma semalam menghupdate blog kat opis pasal stuck kat opis sampai jam 12 mlm..sodehhhhh...

oklah keja dah beres tapi polis lak sambung keje membuat roadblock betui betui depan kilang nie..adoiiii laahhhh... jangan ditanya kenapa aku tak dapat nak balik disebabkan roadblock itu....biarlah ianya menjadi rahsia..hikhik

So terpaksalahhh menunggu..nak buek camnooo.. dah nasib badan...


hikhikhik..yang menunggu


Rabu, 25 Januari 2012

Sekian lama

Assalamualaikum,

wow lamanya tak ke udara...( ko pikir ko DJ radio nak keudara keudara niehh) ok ok ..sungguh lama tak menghupdate blog... why? busy sangat kah dikau mengalahkan Datin G...

Jawapannya bukan!! bukan busy pun cuma takde menda menarik yang berlaku dalam beberapa hari nie...

1) Menjadi boss ( sebab boss2 dah cuti sempena tahun baru cina.. so...huahahahahahaha aku yang berkuasa)



2) Tengok wayang FREE



3) Karaoke kat Redbox Plus FREE



4) Dapat angpow.. ( walaupun hadooo tapi atleasttt lepaslahhh duit toll )



5) Bersihkan stor ( dah macam zoo )





Tak menarik langsungkan semua diatas nie kann... hikhikhik

ok sekian jer aktiviti yang tak "menarik" nie


Jumaat, 13 Januari 2012

Isnin, 9 Januari 2012

Luahan hati ini

Assalamualaikum,


Bila diri ini diperlukan terasa seperti penting sangat diri ini.. Pergi mana mana pun orang cari.. Seronok rasanya..siap berebut rebut..ditatang bagai minyak yang penuh...


tapi bila diri ini tak diperlukan, pandang sebelah mata pun tak hingin.. macam seperti melukut ditepi gantang..


takperlah walaupun diri ini adalah last choice or last resort, at least adalah jugak daripada takde langsung..


Begitulah kisah aku sebungkus mee segera.. 




mode : kelaparan


Teman tak sejati mee segera,

Sabtu, 7 Januari 2012

Menda Baru : Tahukah anda????

Assalamualaikum,


Tahukah anda belajar benda baru adalah sesuatu yang menyeronotkan


Tahukah anda benda baru yang saya belajar ialah ISO 9001:2008


Tahukah anda saya memegang title QMR.


Tahukah anda bahwasanya itu adalah jawatan kedua tertinggi selepas ED..Bwahahahahahahaha <--- Evil laugh


Dah tahukah anda lagi bahawasanya takder sapa yang kesah pun...Miahahahahahaha <-------Gelak pasrah


dan tahu kah anda bahawasanya keje pun bertambah sebab semua pass kat saya hatta keje tu adalah bhgn dorang.


Tapi tahukah anda bahawasanya saya seronok sangat sebab saya suka dengan kebizian ini.. <--- ini pengakuan jujur ikhlasnyer...


Well ada yang cakap.. " Tahukah anda awal awal jer seronok, pastu seksa??"


My response ialah tunggu entry yang seterusnya nk tahu seksa atau makin seksi... errrrrrr macam tak kena jer seksi dengan topik ini...
hahahahahahahahaha


Tahukah anda siapa yang buat entry ini??


Khamis, 5 Januari 2012

SS!!!!!!!!

Assalamualaikum,


SS???? syok sendiri kah???


Xlah.. tapi Seronok Selsema..bwahahahaha..tengah selsema nie..punyala teruk sampai boleh mengalir camtu jer keluar dari idung.. euwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!


then nape ko seronok sangat nie????


hurmmm adalahhhhhhhhhhhhhhhhh... citer lenkali erk..


lalalalalalalalala


* pose lari lari sambil idung sumbat ngan tisu


Yang Selsema namun Seronok


Rabu, 4 Januari 2012

NEW YEAR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan 
syukur kehadrat ilahi..2011 sudah pun melabuhkan tirai dan 2012 sudah menjelma.

New year hari tu, berjauhan ngan laptop so xdpt nk update.. baru berkesempatan hari nie.. sambutan bersederhana namun paling meriah..kitaorang buat pot luck and lepak2 kat umah jer..pastu main UNO sampai lebam and pecah pale 

Pastu keesokkan hari nyer lepak2 jer sebab cuti.. hari bermalas malasan... hahahhaa and now malas gila nak keje balik...

Tapi apa apa pun, tahun 2012 harapnya lebih baik dari tahun lepas.. semoga berjaya mencapai apa jua yang ingin dicapai..

Sekian,