Rabu, 1 Januari 2014

The BIG & BEST ICE CREAM at A'Famosa Water Theme Park

Salam,

Apa yang lagi best untuk dinikmati ketika cuaca panas selepas pengembaraan di taman Safari (baca sini)?

Tentulah BIG and BEST ice cream, one of the tallest, longest and widest ICE CREAM in Southeast Asia with its heights of 20.8 meter, the widest diameter length of 18.3 meter and the total length of the whole Ice Cream is exactly 108 meter.

Kalau dah besar macam gituh macamana nak makan?

Sapa kata kena makan? You guys hanya perlu menikmatinya sendiri di A'Famosa Water Theme Park yang menampilkan water slide terbaharu yang dinamakan The Big and Best Ice Cream. Teruja tak korang bila korang dibawa secara percuma untuk mengalami dan menikmati "kelazatan" ice cream ni sendiri? Of course la teruja kan...so again thank you very much to Blooggers Dot Com dan A'Famosa Resort for the tastiest rides ever.
credit to www.afamosa.com
Tapi nak citer sikit la pengalaman menaiki Ice Cream ni kan. Selangkah menampak anak tangga ke atas bertambah-bertambah jugak la degupan jantung ini. Mana tak nyer kau dok dengar orang menjerit sepanjang masa kau naik keatas. Tapi agak letih jugaklah nak panjat tangga sambil bawa pelampung. Diharapkan A'Famosa Water theme park dapat menyediakan escalator untuk bawak pelampung naik keatas macam yang disediakan untuk family raft disebelahnya..

credit to : FB/afamosa.my
Tapi keletihan tu hilang serta merta bila dah sampai kat atas. First, view memang awesome pastu tengok orang depan naik pelampung dan turun ke bawah melalui gelongsor yang besar dan berpusing membuatkan jantung berdegup semula dengan lebih kencang. Perasaan time tu macam takut tapi mahu.

credit to FB /afamosa.my




Disebabkan taknak mensia-siakan peluang yang ada, kita naik jelah pelampung tu. Mula-mula macho la just go with the flow orang kata tapi bila tetiba dia menjunam masuk kedalam cone ice cream tu mula lah menjerit kuat gila macam jeritan kau tu boleh slow kan kelajuan pelampung tu. Kami laju sebab saiz dan berat kami agak "ideal" sekian terima kasih.


Seriously tak tahu macamana nak gambarkan keseronokan dan kenikmatan menaiki The Big and Best Ice Cream water slide ni. Kalau ada orang cakap dia pernah naik Vuvuzella dan Ice Cream ni mesti kacang jer.. sila tarik balik kata-kata tu laju-laju yea. Memang tak sama dan memang yang Ice Cream nie thrill habis. I called this Ice Cream as in "I Scream"

Wajib try dan korang kena gi experience sendiri. 2014 dah nak masuk ni, tahukah anda 2014 merupakan tahun melawat Malaysia? Yes.. dan A'Famosa Resort salah satu destinasi yang wajib korang datang.


Nak tahu lebih lanjut singgah saja di website mereka afamosa.com atau FB /afamosa.my

Nak dapat peluang macam ni laju-laju klik like blooggers dot com di FB

Tiada ulasan: