Salam,
Seronok rasanya hati ini bila
mendapat jemputan menghadiri Tayangan Perdana drama “SELUDUP” di TGV One Utama,
Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu. Tayangan perdana tersebut dihadiri
para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers,
krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang
telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama
tersebut. ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn.
Bhd.
Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP |
Pekin Ibrahim memain watak Amran dalam drama siri SELUDUP |
Tiz Zaqyah memain watak Yasmin dalam drama siri SELUDUP |
Namron memain watak Tam dalam drama siri SELUDUP |
Syafie Naswip memain watak Jai dalam drama siri SELUDUP |
Raja Ilya memain watak Rina dalam drama siri SELUDUP |
Sedikit sinopsis mengenai drama
ini yang berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang
nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan
nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan
penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina
(Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras,
rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan
mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman
wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan
kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi
mangsa.
Jehan Miskin, Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din |
Syabas diucapkan kepada Jehan
Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon, telah berjaya menghasilkan satu
naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen dengan
formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia.
Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara
watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.
Menurut Jehan, “SELUDUP berniat
bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan
negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran
yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua
pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini
akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya
berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong
karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.
Dan menurut saya pula dari kaca
mata seorang penonton, drama “SELUDUP” ini berjaya membuatkan saya jadi tak
sabar nak tengok apa yang bakal terjadi kepada Pekin selepas menonton tayangan
perdana ini. So pastikan anda melekat di depan TV setiap hari Khamis, jam 9.30
malam di Astro Prima dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang
Untuk maklumat lanjut mengenai
‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup
Yang bukan penyeludup,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan