Rabu, 1 Januari 2014

Tiger Encounter at A'Famosa Safari Wonderland

Auuummmmm..

Kau dah kenapa dik tak reti bagi salam dulu tetibe mengaum macam harimau malaya ni?

Salam semua..

ngeh ngeh ngeh.. itu ngauman keterujaan namanya.. bukan nak mengawan ok. LoL

Memang satu pengalaman baru yang sangat awesome. Thank you to Blooggers Dot Com dan A'Famosa Resort kerana membenarkan segala ini berlaku.

Pada 28hb Disember 2013 yang lepas, saya dan bersama rakan-rakan bloggers yang lain telah bersama-sama ke A'Famosa Resort di Melaka untuk melalui satu adventure yang bisa membuatkan orang putih cakap adrenalin rush gitu.

Setibanya di A'Famosa Resort kami di sambut VVIP style oleh Zac dan terus dibawa ke A'Famosa Safari Wonderland yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Pengembaraan safari ini membolehkan kami menerokai keajaiban habitat hidupan liar dan alam sekitar.


Melihat dengan penuh takjub dari dalam kenderaan yang disediakan, kami dapat melihat harimau, singa, zirafah, unta, eland, buaya, gajah dan banyak lagi haiwan lain yang berkeliaran bebas di dalam A'Famosa Safari Wonderland ini.

Pengembaraan kami tidak berhenti setakat itu. Kami telah dibawa ke Tiger Encounter yang merupakan satu tarikan terbaharu dari A'Famosa Safari. Saya memberanikan diri kerana kami akan turun dan masuk ke kawasan harimau dan melihatnya dengan lebih dekat. Berdebar tapi menyeronokkan pada masa yang sama apabila kami berpeluang untuk memberi makan kepada harimau dan perasaan ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Mula-mula bagi makan tu memang menakutkan sampai nak tengok kamera pun tak berani takut dengan tangan-tangan sekali dia ngap.. tapi selepas tu macam seronok la plak.. sampai berkali-kali nak bagi makan dan pose.. hahahahaha..Dapatlah kami berkenalan dengan aweks belang yang cun iaitu Sheera, Bobbi dan Nina.
Bagi makan kat Sheera

I tell you, you guys memang wajib pergi try bagi makan kat harimau. I wish la kan, I could pet the tiger masa bagi dia makan. Kami dimaklumkan pengunjung hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk memberi makan daging yang segar kepada harimau.

Bobbi and I
Bukan itu saja tarikan A'Famosa Safari Wonderland tau, ada lagi lain seperti colour of the bird, Orang Utans, wild wild west, elephant encounter dan banyak lagi yang perlu diterokai sendiri tapi my favourite of course lahh bagi makan kat pak belang sebab ianya satu pengalaman yang memang priceless.



























Nak alaminya sendiri tapi still nak tahu lebih lanjut? senang jer pi jer kat website ni www.afamosa.com atau facebook /afamosa.my. You guys can also call to +603-27818888 / +606-552088 for more information.

Lepas je abis mengembara di A'Famosa Safari Wonderland, kami di bawa ke Lake View Restaurant untuk menjamu selera sebab perut pun dah mengaum macam harimau. Food Fantastic..sampai makan pun dah tak pandang kiri dan kanan lagi. Nak makan sampai kenyang sebelum menikmati dessert ICE CREAM yang besar dan best. Sila baca di sini untuk "food" review.

Yang tetiba teringat citer Life of Pi,

Tiada ulasan: