Salam,
Tiada idea nak sambut hari ibu dimana?
Mari raikan Kasih Ibu di Puri Pujangga kerna Ibu merupakan satu anugerah yang
tidak ternilai bagi seorang yang bernama anak. Meraikan ibu adalah saat kita
menghargai jasa dan pengorbanan mereka membesar dan memelihara kita selama ini.
Klise apabila sambutan Hari Ibu bagi sesetengah orang mengatakan bahawa jasa dan
pengorbanan seorang ibu tidak boleh dinilai dengan hanya satu hari sambutan
dalam setahun. Namun meraikan Ibu dilihat dari konteks dan pengertian yang
lebih besar kerana ia adalah salah satu daripada luahan kasih seorang anak yang
mahu ibu dihargai dan dikongsi bersama dengan ahli keluarga tercinta.
Hotel Puri Pujangga berbangga
meraikan ibu-ibu melalui 'sambutan Hari Ibu' dengan pelbagai jenis aktiviti
untuk dilakukan bersama keluarga dan orang tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan
disambut dengan minuman moktail dan diberikan cenderahati istimewa. Ibu-ibu
akan dimanjakan dengan urutan tangan dan bahu oleh La Facia Beauty Queen Spa
& Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut,
satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. Pelbagai jenis juadah
buffet hi tea juga disediakan bagi memastikan ibu dilayan seperti Permaisuri
dalam sehari tersebut.
Antara juadah-juadah yang disediakan Kredit gambar: Rawlins GLAM |
Selain itu, mengeratkan lagi
hubungan ibu dan anak, satu sesi pertandingan menghias cupcake akan diadakan.
Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak
ternilai harganya. Malah satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi
memeriahkan acara pada hari tersebut. Anak-anak kecil boleh meluangkan masa
dengan aktiviti mewarna yang disediakan dan kaum keluarga yang lain boleh
berkaraoke lagu kesukaan masing-masing sepanjang hi tea tersebut.
Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri
Pujangga akan diadakan pada 10 May 2015 dari jam 12.oo tengah hari hingga jam
4.oo petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.oo nett untuk
dewasa dan 5o% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga
dua belas tahun. Pahatkan kenangan indah bersama Kasih Ibu di Hotel Puri
Pujangga. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
KHAILA KHALID
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
436oo UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Pejabat : +6o3 8922 2891 I Mobile : +6o17 699 2437
Websi te : www.puripujangga.com.my
Yang sayang Ibunya,