Selasa, 20 Ogos 2013

Annoying nyewwww engkau ini

Salam,

Annoying nyeww... huh puas hati kau sekarang.. tak pasal - pasal bapak kau jadi mangsa kan...

Huh.. tak perlu nak senyum-senyum ok.. aku macam nak sepak kau laju - laju je.

Hahahaha tuh dia penangan movie thriller The Purge. Punyala sakit hati kan.. By the way, thanks to Rawlins sebab bawa I pergi menonton movie ni. U guys boleh baca review dia pasal movie ni later ok. To me movie nie adalah annoying in a good way la.

So kalau rasa nak feeling - feeling emo tu boleh la pergi menonton movie The Purge ni.

Yang ter emosi sekejap   ~

Isnin, 19 Ogos 2013

Ramadhan, Syawal dan diantaranya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal dengan penuh keinsafan ( kata kau insaf...makan tak ingat dunia ). Dah selesai juga berpuasa enam di bulan Syawal pada hari Sabtu yang lepas ( wahh...baiknya. #bluek ) dan kini sambung beraya lagi. Yeay

Sungguh seronok makan di Aidilfitri and nanti saya nak update pasal "My Not So Open House 2013 (MNSOH 2013) di rumah I lah. Tunggu ya...

In Shaa Allah lepas selesai semua ni saya berazam untuk exercise semula turunkan berat badan and bagi perut berketak-ketak semula ( Semula?? pernah ke sebelum ni )

Yang dah macam preggy mom

Jumaat, 16 Ogos 2013

Harumnya di Aidilfitri

Salam Lembaran,

Lately rasa diri ini lebih wangi dan kulit bertambah lembut dan gebu ( lol gebu tu memang sebab kau memang dah "gebu"). Oklah tak kisahlah kan, janji rasa lebih wangi di Aidilfitri. Fenomena ini telah menyebabkan saya suka sangat untuk terus menggunakannya kerana saya percaya kulit saya akan terus wangi dan sihat.

Harga pun tak mahal mana. Affordable and worth it gitu kalau orang Serdang cakap. Yelah sebab ianya luxuriously blended and enriched with Anti-Oxidants and Natural Oils. Salah satu bahan mewah dia Garam buluh. Ingat tak petua-petua orang tua, kalau ada masalah kulit pergilah mandi laut, In Shaa Allah sembuh. Bila baca perihal pembuatan garam buluh ini, ianya diperbuat dari air laut yang dipilih khas dan diproses melalui teknik yang hebat ( nanti saya ceritakan dalam entri yang lain ).

So kalau nak try and jadi lebih wangi dan inginkan kulit yang sihat lagi lembut seperti saya cepat-cepatlah dapatkan sabun Marine Essence ni. Contact je saya terus

Ingatkan nak post gambar saya mandi sambil pakai sabun ni, tapi disebabkan badan belum berketak-ketak saya hold dulu hasrat saya. Saya letak gambar sabun je dulu hehehehe




Khamis, 15 Ogos 2013

Iftar GLAM

Salam,

Sangat enjoy waktu bersama rakan-rakan di Majlis Iftar GLAM yang berlangsung di JW Marriot. Sungguh meriah ketika itu dan membuatkan saya yakin bahawasanya saya telah memilih dan berada didalam kumpulan yang betul. Berikut antara detik-detik yang sempat dirakam oleh lensa kamera rakan saya.







Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua.

Ini adalah kemunculan semula. Segan sangat bila melihat jumlah entri saya. Jadi saya amtlah memerlukan suntikan semangat untuk menulis semula.

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin