Salam,
Teater Bangsawan Merong Mahawangsa (Suaraku Bernafas) yang telah dipentaskan di Pentas Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini serentak dengan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada penilaian saya dari kaca mata seorang penonton, sedikit mengecewakan.
Jalan cerita yang kurang jelas dan watak Merong Mahawangsa yang seharusnya digambarkan sebagai seorang pahlawan lagenda gagal diterjemahkan dengan baik dalam pementasan ini sebaliknya watak Telani kelihatan lebih gagah melalui beberapa siri aksi lawan yang ditonjolkan. Saya tidak tertarik dengan busana dan penggunaan serta tata hias set pentas mungkin kerana terdapat kekangan kewangan.
Cahaya dengan keletahnya yang menggelikan hati |
Antara babak romantis Merong Mahawangsa dan Embok |
Telani kecewa cintanya terhadap Merong Mahawangsa tidak berbalas pergi berperang untuk menyelamatkan kawannya Embok |
Merong Mahawangsa bersama Laksamana Liu Yun bersatu untuk menentang Tentera Taji |
Raja Azrey selaku Pengarah bersama barisan pelakon dan orang kuat DBKL |
Terima kasih juga kepada DikBee dan Poyak untuk gambar-gambar yang menarik dan cantik walaupun tempat duduk kami jauh nun diatas sana.
Yang makan mint untuk nafas segar,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan