Jumaat, 1 Jun 2012

TigaPul0h

Assalamualaikum

Wahhh dub dab dub dab jantung ni.. menjengah angka 3 sudah.. mengimbau balik kenangan2 sepanjang usia aku bergelar khalifah dimuka bumi Allah yang kudus ini.

Syukur alhamdulillah dikurniakan parents yang terbaek. sentiasa memberi didikan serta dorongan dan bantuan. Sayang mak abah sebab dah membesarkan aku selama ini. 

Syukur alhamdulillah dikurniakan adik beradik yang superb.. 8 adik beradik kalo tak gaduh memang tak sah tapi carik carik bulu ayam lama lama bercantum jua. Bila time tak gaduh penuh ngan hilai tawa. Terima kasih

Syukur alhamdulillah dikurniakan sahabat sahabat yang boleh dikatakan sahabat dunia dan akhirat. Senantiasa mendoakan yang terbaik buat diri ini. Senantiasa ada bila gembira mahupun duka. Walaupun tak ramai tapi berkualiti.

Syukur juga sebab ada kawan yang tikam kawan dari belakang. sungguh mendewasakan diri ini. Pernah digelar sebagai anjing, mulut manis, lupa daratan dan macam macam.. 
aku tak marah cuma aku sedih bila di gelar sedemikian rupa. 
Tapi aku anggap sebagai pengajaran buat diri ini.

Syukur syukur syukur alhamdulillah telah diberikan usia yang panjang untuk 
melihat dunia dan kebesaran Mu ya Allah.

selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 30, 


Tiada ulasan: