Isnin, 30 Jun 2014

SELUDUP dan Menang

Salam,

Pada 25 Jun 2014 hari Rabu yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke satu Majlis Sidang Media drama bersiri SELUDUP yang bergenrekan aksi, terbaru daripada Astro Prima (saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd. Drama bersiri ini dijangka akan mula ditayangkan menjelang hujung tahun ini.

Majlis Sidang Media SELUDUP

Drama bersiri 13 episod ini akan dibarisi oleh para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah yang memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin. Pelakon-pelakon lain yang turut diumumkan pada sidang media ini termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit turut memainkan peranan sebagai pelakon bagi drama SELUDUP ini.

Kami bersama barisan pelakon Drama SELUDUP
Penggambaran drama penuh aksi ini akan bermula pada pertengahan Julai 2014 di Jeti Pengkalan Balak, Melaka. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.

Jika anda ada bakat terpendam sertailah ujibakat SELUDUP sekarang. Mudah jer, rakamkan lakonan anda dengan skrip pendek yang telah disediakan dan muatnaikan video lakonan anda. Anda berpeluang memenangi wang tunai. Lebih lanjut klik link ini Bit.ly/Seludup


Dan jangan lupa untuk singgah dan like;

       Facebookhttps://www.facebook.com/Seludup
       Instagramhttp://instagram.com/seludup 

Yang bukan penyeludup,

Tiada ulasan: