Rabu, 22 Januari 2014

Chinese Muslim Cuisine at Downtown KLIA Seafood

Salam,

Syukur sebab dapat menikmati kelazatan 13 hidangan Chinese muslim cuisine yang popular di Downtown KLIA Seafood Restaurant (DKSR). Thank you to pemilik DKSR, Prof Dr Abu Talib Othman dan Pengurus, Cik Siti Masmazliana for having me and friends untuk merasa kelazatan makanan cina yang halal dengan harga yang berpatutan. Thanks juga buat Madi Food blogger tersohor tanahair sebab sudi ajak saya.

Kecur air liur dibuatnya apabila melihat satu per satu hidangan di bawa keluar dan dihidangkan diatas meja bulat. Semuanya lazat-lazat belaka namun hidangan yang paling awesome adalah Salted Egg Squid. Sekali dah makan nescaya nak repeat order kerana kombinasi rasa sotong yang segar dan telur asin adalah sangat hebat dan tepat. I called it genius.
Salted Egg Squid
Untuk minuman pula saya memilih Kedondong Asam Boi. Terbaik and sangat refreshing, I tell you lah. I called it rejuvenate drink. Suited it well
Kedondong Asam Boi
Namun, hidangan yang lain dinafikan jangan kelazatannya kerana semua yang dihidangkan adalah all time favorite. Oh, did I mention, setiap sos disediakan sendiri mengikut jenis hidangan oleh tukang masak yang sangat berpengalaman? Jadi memang tidak boleh dinafikan setiap hidangan itu unik, lazat dan tepat rasanya.

Lihat sahaja gambar-gambar dibawah ini, membuatkan saya ingin kembali semula ke DKSR.

Assam Steamed Fish
Beef with Ginger & Spring Onion 
Butter Prawn 
Creamer Butter Crab
Kam Heong Clam 
Mangolian Chicken
Sizzling Seafood 
I think yang berikut sesuai untuk vegetarian;
Mushroom with Broccoli 
Kailan with Oyster Sauce 
Spicy Four Vegetables 
Volcano Beancurd  
Yummehhh... So you should go and try for yourself. Tak jauh pun. Ianya terletak berhampiran dengan KLCC / LCCT and Concorde Inn. It's 15 minutes driving from Bangi and worth it.

Apa yang membuatkan saya suka makan disini juga selain daripada hidangan yang lazat adalah restorannya yang bersih dan ambiance nya yang vibrant dengan tona warna merah dan gold yang pasti membuka selera anda.

Saya dah ada plan nak pergi berbuka puasa bila Ramadhan menjelang nanti. DKSR ada menyediakan buffet Ramadhan pada harga yang sangat murah. Jadi boleh bawa seisi keluarga untuk merasai kelazatan dan keaslian makanan cina yang halal.

Sedikit info untuk saya dan anda untuk membuat reservation tak kiralah untuk Ramadhan, Lunch, Dinner atau Function event sekali pun. Jom ramai-ramai kita pakat pergi makan seafood.


Alamat                  : No.B40-B48, Block B, Jalan KLIA 1/60,
                                Charterfield Commercial Centre, KLIA,
        64000 Sepang, Malaysia
Facebook              : https://www.facebook.com/downtownklia
Tel                         : 03-8783 1031 (utk tempahan)
Email                     : zsb01@streamyx.com / sitimasmazliana@ymail.com

Waktu Operasi     : 10.00 pagi – 10.00 malam

Yang dari tadi kesat air liur,

Rabu, 1 Januari 2014

The BIG & BEST ICE CREAM at A'Famosa Water Theme Park

Salam,

Apa yang lagi best untuk dinikmati ketika cuaca panas selepas pengembaraan di taman Safari (baca sini)?

Tentulah BIG and BEST ice cream, one of the tallest, longest and widest ICE CREAM in Southeast Asia with its heights of 20.8 meter, the widest diameter length of 18.3 meter and the total length of the whole Ice Cream is exactly 108 meter.

Kalau dah besar macam gituh macamana nak makan?

Sapa kata kena makan? You guys hanya perlu menikmatinya sendiri di A'Famosa Water Theme Park yang menampilkan water slide terbaharu yang dinamakan The Big and Best Ice Cream. Teruja tak korang bila korang dibawa secara percuma untuk mengalami dan menikmati "kelazatan" ice cream ni sendiri? Of course la teruja kan...so again thank you very much to Blooggers Dot Com dan A'Famosa Resort for the tastiest rides ever.
credit to www.afamosa.com
Tapi nak citer sikit la pengalaman menaiki Ice Cream ni kan. Selangkah menampak anak tangga ke atas bertambah-bertambah jugak la degupan jantung ini. Mana tak nyer kau dok dengar orang menjerit sepanjang masa kau naik keatas. Tapi agak letih jugaklah nak panjat tangga sambil bawa pelampung. Diharapkan A'Famosa Water theme park dapat menyediakan escalator untuk bawak pelampung naik keatas macam yang disediakan untuk family raft disebelahnya..

credit to : FB/afamosa.my
Tapi keletihan tu hilang serta merta bila dah sampai kat atas. First, view memang awesome pastu tengok orang depan naik pelampung dan turun ke bawah melalui gelongsor yang besar dan berpusing membuatkan jantung berdegup semula dengan lebih kencang. Perasaan time tu macam takut tapi mahu.

credit to FB /afamosa.my




Disebabkan taknak mensia-siakan peluang yang ada, kita naik jelah pelampung tu. Mula-mula macho la just go with the flow orang kata tapi bila tetiba dia menjunam masuk kedalam cone ice cream tu mula lah menjerit kuat gila macam jeritan kau tu boleh slow kan kelajuan pelampung tu. Kami laju sebab saiz dan berat kami agak "ideal" sekian terima kasih.


Seriously tak tahu macamana nak gambarkan keseronokan dan kenikmatan menaiki The Big and Best Ice Cream water slide ni. Kalau ada orang cakap dia pernah naik Vuvuzella dan Ice Cream ni mesti kacang jer.. sila tarik balik kata-kata tu laju-laju yea. Memang tak sama dan memang yang Ice Cream nie thrill habis. I called this Ice Cream as in "I Scream"

Wajib try dan korang kena gi experience sendiri. 2014 dah nak masuk ni, tahukah anda 2014 merupakan tahun melawat Malaysia? Yes.. dan A'Famosa Resort salah satu destinasi yang wajib korang datang.


Nak tahu lebih lanjut singgah saja di website mereka afamosa.com atau FB /afamosa.my

Nak dapat peluang macam ni laju-laju klik like blooggers dot com di FB