Khamis, 31 Oktober 2013

Thor : The Dark World

Salam,

Source : Google
Weeeeeeeeee thank you Rawlins.. semalam pergi tengok premier screening Thor : The Dark World. One word to describe it #Awesomeness.
Me love the action and humor yang diselitkan menjadikan movie ini adalah best. Ok sedikit jer sinopsis pasal movie ni. Selepas movie yang pertama, Thor kembali ke Asgard dan sibuk mengembalikan keamanan di semua 9 alam sampai tak sempat jumpa girlfriend dia kat bumi. Pastu ada orang jahat atau nama dia malekith yang telah kalah pada satu masa lalu telah bangun dari hibernasi yang panjang setelah aether kuasa kegelapan yang secara tidak sengaja ditemui oleh Jane telah mengejutkan dia. Kuasa ni telah masuk kedalam badan Jane foster aka girlfriend Thor. So Thor pun turun ke bumi mencari Jane and nak selamatkan beliau. Dalam proses nak menyelamatkan itu, berlaku la pelbagai peristiwa yang meruntun jiwa dan raga sehingga Thor memerlukan bantuan Loki adik Thor yang telah membuat onar dalam siri yang pertama. 
And the rest you guys kenalah tengok kat panggung. It is highly recommended you guys stay dalam panggung sampai habis credit sebab still ada scene yang akan dipaparkan. Jangan terus balik ok. Secara kesuluruhan me like this movie very much. 

Did you know; 

There were about 30 hammers made for Thor of various weights for different uses. The main hammer was made from aluminum but it is replicated in different materials and weights, including a 'soft' version for stunts. Of the 30, five versions were used most often, including the 'lit hammer,' that emits light when lightning strikes.
Source : www.imdb.com

Yang teringin nak gi travel ke Asgard

Isnin, 28 Oktober 2013

#GSCHorrorFest

Salam,

Wahhhh best best... Sabtu yang lepas saya telah diajak untuk ke #GSCHorrorFest untuk menonton 3 movie seram back to back. #Pitam.

Thank you tor Mr Rawlins sebab hajak I yang berani laaa sangat ni kan untuk menonton cerita hantu. Huhu and tahniah jugak sebab menang best dress. You deserve it!!! Bersungguh kau cari lense putih and sayap tu kann...and thank you gak kepada ChurpChurp sebab bagi tiket itu.

Source : Google

So selepas kami dijamu dengan makanan yang deliciously gross, kitaorang pun masuk untuk memulakan movie maraton dengan dimulakan dengan movie bertajuk Rigor Mortis yang diarahkan oleh Juno Mak mengisahkan tentang bagaimana perasaan cinta yang sangat mendalam seorang isteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan suaminya yang dah mati. So end up laki dia jadi chinese vampire..hantu yang lompat-lompat tu. Kat dalam movie ni jugak ada satu lagi hantu yang boleh tahan seramnya iaitu The Twin. Apa kaitannya you guys kena lah pergi tengok. Secara keseluruhan, aku rasa cerita nie OK je. Meter seram* aku menunjukkan skala 2 jer dari 5.

Habis movie pertama selepas break untuk ke toilet, movie kedua bertajuk The Second Sight bermula. Movie dari Thailand ini mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kuasa yang dapat melihat karma orang lain. Well untuk movie nie aku suka dia punya twist tapi dari segi penceritaan ianya agak longgar. Ditambah lagi dengan kualiti CGI dia sangat lemah dan terdapat bebarapa scene yang ketara berlatarbelakangkan screen hijau menampakkan ianya adalah low budget movie. Secara keseluruhan, aku rasa cerita ni biasa jer. Meter seram adalah 1 dari 5 and aku rasa ianya adalah cerita genre romantik seram.. Lol

Source : Google
Penutup untuk #GSCHorrorFest adalah movie bertajuk Insidious 2. Wahhh aku rasa cerita ni best. Kalau korang belum tengok Insidious 1, korang wajib tengok dulu baru tahu hubungkait dalam Insidious Chapter 2. Dimana ianya akan merungkai kembali misteri yang telah menghantui keluarga ini. meter seram adalah 4 dari 5 ( thanks to Lin sebab dah bagitahu awal-awal part mana yang seram )

Wah rasa macam mentally exhausted sangat tau bila dijamu dengan movie seram back to back. Pasni kena cari movie yang lucu untuk basuh otak ni. hahahahaha

* Meter Seram -  adalah takrifan aku sahaja sejauh mana keseraman cerita seram dengan menggunakan skala 1 hingga 5, 1 - tak seram langsung dan 5 -  Nak balik pleaseeee!!.  Aku ni penakut so maybe ada ralat. Bagi yang berani korang boleh minus 2 dari skala yang aku beri.. Lol



Jumaat, 25 Oktober 2013

Panic Attack

Salam,

Wahhh panic attack kita semalam bila tak boleh nak start enjin kereta.. Adoii dah la dah lambat nak pergi kerja, kereta buat hal la plak. Ok takpe-takpe..cool dulu...rileks tarik nafas panjang-panjang. mungkin enjin sejuk kot sebab hujan lebat. Keluar dari kereta siap tekan alarm ni, kira sampai sepuluh dengan lafaz bismillah tekan alarm semula dan masuk kereta. Pastu masukkan kunci, bismillah sekali lagi, pulas kunci kereta.. boomm takleh start jugak. 
Pagi yang dingin dah mula rasa hangat. After try a few times, otak ligat fikir alternatif macamana nak ke tempat kerja. Nak pinjam kereta siapa atau patutkah emergency leave atau nak half day saje untuk pergi betulkan kereta. Ok takpelah pinjam kereta abang dulu tuk pergi kerja dan half day sebelah petang untuk hantar kereta. Ok plan terbaik punya..
So aku keluar dari kereta nak masuk rumah tukar kunci tapi tetiba....Danggg.. dah macamana aku nak naik kereta abang aku kalau kereta aku dah block kereta dia...arghhhh stresss
Ok Ok jangan panik lagi, kita just tolak kereta ke belakang sikit jer untuk bagi ruang kereta boleh keluar...Cool.. masuk kereta semula sebab nak tukar gear ke posisi N supaya mudah nak tolak.. Tup tup tengok gear kereta aku kat posisi D, no wonder la takleh nak start enjin. aku pun apa lagi tolak gear ke posisi P then try start enjin balik.. Alhamdulillah berjaya..hehehehehe.. terus meluncur dengan lajunya ke office sebab dah lambat.

Moral of the story jangan mudah panik dan check semua benda dulu. Dan kepada yang pinjam kereta aku semalam please jangan tinggalkan kereta dengan gear masih di posisi lain selain daripada P yea. Serta jangan pandu melebihi had yang ditetapkan..ngehngeh


Khamis, 24 Oktober 2013

Odd Thomas

Salam,


Wah best best.. semalam tengok movie Odd Thomas. Sangat menarik movie ni. Mengisahkan seorang jejaka bernama Odd Thomas yang mempunyai deria ke-6. Dia boleh nampak hantu dan dia sort of boleh meramal apa akan berlaku dan menghalang ianya daripada berlaku. Movie ni diadaptasikan dari sebuah novel karya Dean Koontz dengan tajuk yang sama. Nak tahu lebih details kenalah pi tengok kat panggung wayang..hehehehe... Secara keseluruhan I like this movie and macam nak pi tengok lagi. Ngeh ngeh ngeh....


Tetiba teringat agak-agak inilah yang Cole Sear jadi bila dia besar kot. 

Yang luckily takde deria ke-6

Selasa, 22 Oktober 2013

Saya Suka Dot Dot Dot Edisi Main

Salam,

Wahhh.. saya suka dot dot dot kini kembali dengan edisi kali ini main. Siapa tak suka main sila scroll laju-laju ke bawah ( tapi kena baca gaks..baca main-main jer ). Entri ini khas untuk mereka yang suka bermain. LoL

Main ada macam-macam jenis main cuma main yang nak dikongsikan adalah main game. Game pulak ada macam-macam jenis game. Untuk edisi kali ini terimalah saya suka main 5 games di handphone saya. 

#5 Minion Rush

Why? Simply because ianya melucukan tengok budak kuning berlari siap boleh langgar-langgar kawan dia. hahaha konsep bermain sama macam temple run dan yang sewaktu dengannya. Lari dan elak jer. I suka sebab game ni kelakar. tu jer



#4 Dead Trigger

Why? Because ada zombie. LOL. Game dia mudah jer, simply ikut arahan yang diberikan, tembak zombie and stay alive. Mudah kan. So kalau time-time stress ngan orang yang tak berapa best boleh imagine dia jadi zombie and kita boleh tembak dia tanpa perlu risau kena tangkap...LOL.. Dengar ura-ura kan ada Dead Trigger 2.. Wah tak sabar nak download.

#3 Castle Clash

Game ni boleh kata baru gak didownload dalam handphone. Well kalau suatu ketika korang pernah suka main farmville, ni game yang korang boleh suka gaks. Cuma game ni bukan tanam-tanam la. Game ni basically kita kena bina castle, train askar, pergi lawan musuh untuk collect duit. Macam tu je, mudah kan. Tapi tulah nak membina, train troops dan collect hasil memang memakan masa yang lama. Seriously lama. Tapi apa yang menyebabkan aku suka game ni ialah sebab suatu ketika dulu aku pernah main farmville gaks.. LOL

#2 Blood Brothers RPG

Woow..game ni aku dah main lebih dari satu tahun. Suka sebab ilustrasi pelbagai jenis karakternya yang sangat cantik atau dalam game ni ianya dipanggil familiar. Cara main pun senang jer, jalan and lawan. Kawan aku panggil games ni victoryvictory sebab bila menang perkataan tu yang keluar. Basically Familiar yang kuat menang, yang lemah kalah but kalau korang pandai susun atur korang punya brigade yang lemah pun boleh menang tau. So selama ni aku hanya sibuk nak dapatkan familiar yang kuat jer...hehehe yang lemah aku jual..LOL... Tapi biasalah yang kuat memerlukan duit yang sebenar. Kalau tak guna duit, bukan tak boleh dapat, boleh tapi memang sukar untuk dapatkannya.

#1 WIND Runner

Wah game ni aku tengah addicted. Memang best walaupun hanya lari dan elak halangan untuk mencapai score yang tinggi bagi mengatasi kawan-kawan kita. Hahahaha tapi nak dapat score yang tinggi bukan mudah tau...makan hati jugak lahh.... huaaa sangat stress main game nie.. hehehehe tak cukup ngan rakan-rakan yang sedia ada, dia tambah satu stage yang dinamakan Championship untuk lawan dengan pemain-pemain di seluruh dunia. Wah memang stress. Tapi sebelum nak main game ni korang kena download apps LINE dulu. 


So semua games diatas boleh didownload secara percuma sahaja dari apps store masing-masing tak kiralah Android atau pun iOS. Dan ini adalah games yang aku suka main time lapang, time bosan-bosan. Korang main apa kat handphone korang. Takkan takde game langsung kot.. Kongsikan lahhh


Yang bukan gamers pun,


semua gambar diatas aku cari di Google

Isnin, 21 Oktober 2013

Reality Vs Fantasy

Salam,

Source : Google
Gambar ini takde kaitan sangat tapi
sebab ianya awesome so aku letak..bluekk
Huaaa kembali ke alam realiti. What a perfect day to start. Dengan hujan yang turun diawal pagi, I wish I can tarik selimut laju-laju dan sambung tidur. Tapi apakan daya selepas bercuti panjang untuk raya haji yang lepas, today kena lah start keje balik. Dah tak boleh nak pose-pose mengeliat atas katil lagi. 

Hahahaha OK cuti dah selesai now kenalah ada semangat untuk keje kan. Ok tarik nafas dalam-dalam dengan lafaz bismillah lets start
....
....
....
....
....
.....
.....
.....
.....
......
....
....
.....
....


ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Ngehngeh kidding jer lahh.. kecohhhh... bluekk 

Yang dah tertido.. I mean yang dah bangun lahhh

Jumaat, 18 Oktober 2013

Hujan

Salam

Satu fenomena alam yang saya paling suka sebab ianya menenangkan. Bila time hujan saya selalunya akan melihat di kaki langit untuk mencari kilat. Kilat nampak sangat cantik dengan langit gelap sebagai kanvas menjadikan ianya karya seni yang teragung daripada penciptanya yang Maha Esa.

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha

Source : Google
Salam,

Kepada semua rakan muslim dan muslimat, saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha.
Semoga kita terus menjadi insan yang lebih baik dan positif.



Isnin, 14 Oktober 2013

Tragedi lagi musi"bah"

Salam,

Sadis sungguh tajuk entry. Ngeh..ngeh takderlah tragedi apa sangat pun saja exaggerated sikit. Cuma beberapa hari kebelakangan ini ada beberapa series of unfortunate events katanya.

Source : Google

First sekali bila kita perlukan kerjasama dari sesetengah individu yang memang pada dasar hati dia tak nak membantu kita. So memang susah la kan. Sekuat mana pun kita buat, kerjasama itu takkan datang dengan mudah dan akhirnya ianya bukan lagi kerjasama tapi lebih kepada paksa dan rela. So sorry la kan, kalau kau tak dapat nak tolong aku dan bila diarah pun kau buat tak tahu terpaksalah kita guna individu yang mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan kau. Funny is boleh lak kau buat. Don't get me wrong, I'm not angry but I'm more to frustrated. Dilabel sebagai seorang yang tak considerate and selfish adalah satu tindakan yang tak adil. Lebih-lebih lagi selepas kau telah diberi tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikannya but you choose to sambil lewa je. Long short story aku dapat apa yang aku nak and kau boleh proceed ngan kerja kau tanpa "gangguan" dari aku at least for next 3 months laa.. miahahahaha 

Source : officemate edited byMe


Dalam pada drama kat atas ni nak habis, boomm tetiba hujan turun mencurah-curah dalam office sehingga banjir. Hadoo. Since aku kerja kat sini, ini merupakan banjir kali yang ke-3 kat dalam office. So apalagi sinsing seluar terus selamatkan harta benda, tutup suis dan apa jua yang boleh diselamatkan. And immediately terus rasa penat. Penat bukan disebabkan kau nak kena kemas office ( sebab ada cleaner ) tapi penat dengan proses baikpulih office. Tell you, ianya akan memakan masa yang lama. Bukan sebab takde orang nak buat, tapi nak mencari peruntukan untuk bagi orang buat itu yang memakan masa. So nak buat macam mana, nak taknak hadap jelah. The best is mana yang boleh kita fix, kita fix dan kemas seselesa yang mungkin untuk kita bekerja.


Source : Google

Maybe...just maybe, akibat 2 peristiwa diatas menyebabkan badan kita sakit. Kepala pening, tekak sakit, batuk dan sakit sendi. Terus hari minggu bertukar menjadi hari melepek di rumah jer. Alhamdulillah, thanks to family yang penyayang ( masak sup and bubur ) sakit pun dah beransur-ansur hilang. coconut shake memang mujarab.. LOL

Aku percaya semua yang berlaku ni pasti ada hikmah disebaliknya. In Shaa Allah.





Yang exaggerated,