Jumaat, 25 Oktober 2013

Panic Attack

Salam,

Wahhh panic attack kita semalam bila tak boleh nak start enjin kereta.. Adoii dah la dah lambat nak pergi kerja, kereta buat hal la plak. Ok takpe-takpe..cool dulu...rileks tarik nafas panjang-panjang. mungkin enjin sejuk kot sebab hujan lebat. Keluar dari kereta siap tekan alarm ni, kira sampai sepuluh dengan lafaz bismillah tekan alarm semula dan masuk kereta. Pastu masukkan kunci, bismillah sekali lagi, pulas kunci kereta.. boomm takleh start jugak. 
Pagi yang dingin dah mula rasa hangat. After try a few times, otak ligat fikir alternatif macamana nak ke tempat kerja. Nak pinjam kereta siapa atau patutkah emergency leave atau nak half day saje untuk pergi betulkan kereta. Ok takpelah pinjam kereta abang dulu tuk pergi kerja dan half day sebelah petang untuk hantar kereta. Ok plan terbaik punya..
So aku keluar dari kereta nak masuk rumah tukar kunci tapi tetiba....Danggg.. dah macamana aku nak naik kereta abang aku kalau kereta aku dah block kereta dia...arghhhh stresss
Ok Ok jangan panik lagi, kita just tolak kereta ke belakang sikit jer untuk bagi ruang kereta boleh keluar...Cool.. masuk kereta semula sebab nak tukar gear ke posisi N supaya mudah nak tolak.. Tup tup tengok gear kereta aku kat posisi D, no wonder la takleh nak start enjin. aku pun apa lagi tolak gear ke posisi P then try start enjin balik.. Alhamdulillah berjaya..hehehehehe.. terus meluncur dengan lajunya ke office sebab dah lambat.

Moral of the story jangan mudah panik dan check semua benda dulu. Dan kepada yang pinjam kereta aku semalam please jangan tinggalkan kereta dengan gear masih di posisi lain selain daripada P yea. Serta jangan pandu melebihi had yang ditetapkan..ngehngeh


Tiada ulasan: