Isnin, 28 Oktober 2013

#GSCHorrorFest

Salam,

Wahhhh best best... Sabtu yang lepas saya telah diajak untuk ke #GSCHorrorFest untuk menonton 3 movie seram back to back. #Pitam.

Thank you tor Mr Rawlins sebab hajak I yang berani laaa sangat ni kan untuk menonton cerita hantu. Huhu and tahniah jugak sebab menang best dress. You deserve it!!! Bersungguh kau cari lense putih and sayap tu kann...and thank you gak kepada ChurpChurp sebab bagi tiket itu.

Source : Google

So selepas kami dijamu dengan makanan yang deliciously gross, kitaorang pun masuk untuk memulakan movie maraton dengan dimulakan dengan movie bertajuk Rigor Mortis yang diarahkan oleh Juno Mak mengisahkan tentang bagaimana perasaan cinta yang sangat mendalam seorang isteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan suaminya yang dah mati. So end up laki dia jadi chinese vampire..hantu yang lompat-lompat tu. Kat dalam movie ni jugak ada satu lagi hantu yang boleh tahan seramnya iaitu The Twin. Apa kaitannya you guys kena lah pergi tengok. Secara keseluruhan, aku rasa cerita nie OK je. Meter seram* aku menunjukkan skala 2 jer dari 5.

Habis movie pertama selepas break untuk ke toilet, movie kedua bertajuk The Second Sight bermula. Movie dari Thailand ini mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kuasa yang dapat melihat karma orang lain. Well untuk movie nie aku suka dia punya twist tapi dari segi penceritaan ianya agak longgar. Ditambah lagi dengan kualiti CGI dia sangat lemah dan terdapat bebarapa scene yang ketara berlatarbelakangkan screen hijau menampakkan ianya adalah low budget movie. Secara keseluruhan, aku rasa cerita ni biasa jer. Meter seram adalah 1 dari 5 and aku rasa ianya adalah cerita genre romantik seram.. Lol

Source : Google
Penutup untuk #GSCHorrorFest adalah movie bertajuk Insidious 2. Wahhh aku rasa cerita ni best. Kalau korang belum tengok Insidious 1, korang wajib tengok dulu baru tahu hubungkait dalam Insidious Chapter 2. Dimana ianya akan merungkai kembali misteri yang telah menghantui keluarga ini. meter seram adalah 4 dari 5 ( thanks to Lin sebab dah bagitahu awal-awal part mana yang seram )

Wah rasa macam mentally exhausted sangat tau bila dijamu dengan movie seram back to back. Pasni kena cari movie yang lucu untuk basuh otak ni. hahahahaha

* Meter Seram -  adalah takrifan aku sahaja sejauh mana keseraman cerita seram dengan menggunakan skala 1 hingga 5, 1 - tak seram langsung dan 5 -  Nak balik pleaseeee!!.  Aku ni penakut so maybe ada ralat. Bagi yang berani korang boleh minus 2 dari skala yang aku beri.. Lol



Tiada ulasan: