Khamis, 5 Disember 2013

Lawak Ke Der 3 di Panggung Sari, Istana Budaya

Salam,

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Escape for sponsoring ticket for Lawak Ke Der 3 yang sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari semalam, 4 Disember sehingga 8 Disember 2013 dengan menampilkan Nabil, Jambu, Douglas Lim dan Harith Iskandar yang diterbitkan dan diarahkan oleh Hans Isaac. Many thanks to Bro Framestone gak sebab menjemput I untuk sama-sama menonton Lawak Ke Der 3 ini.
Dari kiri; Yus Jambu, Nabil, Douglas Lim, Harith dan Taukeh Jambu
source : thestar.com.my
Nabil membuka tirai Lawak Ke Der 3 dengan menyampaikan lagu Joe Flizzow featuring Altimet dan Sonaone yang tengah meletup sekarang ni tak lain tak bukan "Havoc". Memang havoc jadinya IB dengan keletah Nabil diatas pentas. Seterusnya Nabil memperkenalkan barisan comedian malam tu dengan parody "What does the Fox say" dan berjaya menggamatkan Panggung Sari.

Act yang pertama adalah dari kumpulan Jambu and well, I guess maybe ini adalah hari pementasan pertama, lawak yang cuba ditampilkan agak kurang menyengat tapi tidak mengecewakan. I know Jambu can do much better sebab biasa tengok mereka buat komedi di TV memang menjadi. Well like I said, maybe ini adalah hari pertama pementasan. So you guys kena pergi tengok how they will perform but I assure it gonna be great.

Seterusnya Nabil memperkenalkan stand up comedian yang membuatkan I nervous sebab I tak pernah lihat beliau membuat stand up secara Live atau di TV so I don't know what to expect but it turn out memang best. Well pardon my french, but according to him, Malaysian standard untuk mengambarkan level ke"best"an ada 4 level so Douglas Lim congratulations you are at level 4 sebab lawak you memang best gila babi sial. Standing ovation, I tell you lah. Did I mention yang suara dia sedap gila babi sial bila menyanyi? Well suara dia memang sedap sangat-sangat.

Jambu kembali sekali lagi dengan sketches yang lain dan berjaya menggamatkan IB dengan lawak slapstick mereka which you guys kena pergi tengok sendiri sebab sukar nak interpret into words.

The last but not least, Nabil memperkenalkan Harith Iskandar yang memang sudah sinonim dengan kelucuan beliau diatas pentas. Harith menceritakan kisah serta pengalaman hidup beliau bersama arwah ibubapa beliau dan tak kering gusi dibuatnya especially part atas kapal terbang. Memang enjoy habis. Tak sangka Harith seorang yang "confused" orangnya.

Show yang memakan masa hampir 3 jam ini memang sangat menghiburkan dan stress sebab jammed gila babi sial sewaktu nak datang ke IB hilang begitu sahaja. Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim memang berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok.

Kehebatan Lawak Ke Der 3 memang terbukti hebat apabila Panggung Sari penuh dengan peminat-peminat Lawak Ke Der. Mesti tiket-tiket dah sold out and I bet ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok.

Worry not, berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif melalui ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!


Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu lebih lanjut? Klik sahaja pada pautan ini -->;  www.escnow.com/ESCAPE ‘cuit-cuit’ you with Lawak Ke Der 3

Sedikit intro mengenai ESCAPE. ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.  Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.


Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.  Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. Itulah kelebihan ESCAPE:

•  Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua


Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Yang dah tengok,

2 ulasan:

Bro Framestone berkata...

Ye ke tengok teater nie? xnampak pic ada muka pun he..23x ke ownernya pemalu he..23x

www.broframestone.com

Jae Hashim berkata...

Ownernye bukan pemalu tapi tak tahu malu.. bwahahahahahahaha..