Salam,
Thank you to Blooggers, I telah ke Genting pada 23 November yang lepas untuk menyaksikan Stars on Strings dan Fantastica! 2 di Resorts World Genting showroom.
Perjalanan bermula di Wisma Genting selama 1 jam membawa kami ke First World Hotel. Check in and memang best dan selesa untuk menginap disini. Terus selfie.. hahahahaha.
Selepas selesai check in tepat jam 4.45 petang kami dibawa ke Showroom untuk menyaksikan Stars on Strings. Menghiburkan dan selepas selesai show kami berbual bersama puppet masters John dan Josef yang sangat peramah dan sentiasa ketawa. Lebih lanjut mengenai show ini, klik disini.
Selepas itu, kami telah dibawa ke Coffee Terrace yang terletak di lobi Genting Grand. West Coast vs East Coast Food promotion yang sedang berlangsung sehingga 30 November menyajikan pelbagai jenis juadah yang membangkitkan selera. The foods were delicious and dah tak pandang kiri kanan lagi terus amik makanan dan makan..hehehe sampai tak sempat nak snap gambar.. Punyalah buruk melantak..hahahaha.. Memang banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa. Bila perut dah penuh, nak solat pun mengah.. haishhh..
Selepas dari dinner yang memang awesome tuh, kami dibawa ke showroom untuk menyaksikan Fantatisca!2. Memang sesuai dengan namanya, persembahan yang telah dipersembahkan memang fantastic. I tell you memang rugi kalau tak pergi menonton. Lebih lanjut klik disini.
Selepas tamat pada jam 11 malam, kami pun balik ke First World hotel. Setibanya tiba dibilik, mula berkira-kira nak mandi ke taknak..hehehe.. Sejuk kot.. Sib baik ada hot shower. Memang cozy and affordable, and I think kalau nak stay di Genting Fist World memang pilihan yang terbaik.
All in all it was a great experience. Tak sabar nak pi event yang lain plak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan