Salam,
Alhamdulillah rezeki Ramadhan tahun ini memang murah. Terima
kasih Halim Brothers kerana sudi menjemput kita untuk sama-sama merasai
kemeriahan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah kanak-kanak
Tengku Budriah, Cheras dan blogger pada 10 Julai 2014 yang lepas. Terima kasih yang paling tak
terhingga kepada Pak John Steamboat dan eWana.fm yang sudi menaja majlis iftar
ini.
Antara barisan vvip dan artis yang turut sama memeriahkan |
lebih 300 orang hadir bagi sama meraikan anak-anak yatim |
Memang meriah majlis ini dengan persembahan artis dan hiruk
pikuk bloggers bila masa cabutan bertuah. Mahu bergegar the Curve dibuatnya.
Masing-masing bila dah berjumpa seronoklah bercerita dan bergossip.
blogger-blogger yang bikin havoc!! |
Nah tengok
video ni kalau tak percaya
Sejujurnya saya bukanlah peminat tegar makanan berkonsepkan
steamboat ni (psst.. sebab tak reti masak kui..kui..kui) tapi apabila melihat
kesegaran sayur-sayuran, makanan laut dan kepingan-kepingan daging untuk
digrill yang disusun rapi mengikut kategorinya membuatkan saya teruja.
Sayur-sayuran segar |
Daging dan makanan laut |
Namun apa yang paling penting bagi steamboat adalah
kesedapan supnya. Kalau sup tak sedap maka tak sedaplah. Tapi saya tak risau
sebab nampak tagline “We only serve Quality and Fresh” di pintu masuk Pak John
Steamboat, menjadikan saya yakin supnya pasti sedap. Pak John Steamboat menyediakan
6 sup untuk dipilih. Untuk majlis ini saya dihidangkan dengan sup tomyam dan udang. Kedua-dua
sup ini memang tidak mengecewakan malah disarankan. Antara sup-sup yang lain yang wajib dicuba adalah;
- Kari
- Ayam
- Miso
- Beef bone pepper
Saya pasti akan datang sekali lagi!! |
Sekiranya anda mahu pergi berbuka puasa seperti saya, boleh lah memilih
salah satu dari cawangan restoran Pak John Steamboat seperti dibawah. Harga buffet Ramadhan pun
amatlah berpatutan dan berbaloi iaitu RM 39++ dan budak 8 tahun dan ke bawah
adalah percuma. Terus sahaja ke website restoran Pak John Steamboat di www.pakjohn.com untuk mengetahui lebih lanjut.
1. Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
eCurve
Lot LG-13A &
LG-15,
Lower Ground
Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU
7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling
Jaya
Tel: 03-7733 3913
2. Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Fo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 &
FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan
Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala
Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Yang kekenyangan,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan