Jumaat, 29 November 2013

West vs East coast at Resorts World Genting

Salam,

Thank you to Blooggers, I telah ke Genting pada 23 November yang lepas untuk menyaksikan Stars on Strings dan Fantastica! 2 di Resorts World Genting showroom.


Perjalanan bermula di Wisma Genting selama 1 jam membawa kami ke First World Hotel. Check in and memang best dan selesa untuk menginap disini. Terus selfie.. hahahahaha.


Selepas selesai check in tepat jam 4.45 petang kami dibawa ke Showroom untuk menyaksikan Stars on Strings. Menghiburkan dan selepas selesai show kami berbual bersama puppet masters John dan Josef yang sangat peramah dan sentiasa ketawa. Lebih lanjut mengenai show ini, klik disini.

Selepas itu, kami telah dibawa ke Coffee Terrace yang terletak di lobi Genting Grand. West Coast vs East Coast Food promotion yang sedang berlangsung sehingga 30 November menyajikan pelbagai jenis juadah yang membangkitkan selera. The foods were delicious and dah tak pandang kiri kanan lagi terus amik makanan dan makan..hehehe sampai tak sempat nak snap gambar.. Punyalah buruk melantak..hahahaha.. Memang banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa. Bila perut dah penuh, nak solat pun mengah.. haishhh..


Selepas dari dinner yang memang awesome tuh, kami dibawa ke showroom untuk menyaksikan Fantatisca!2. Memang sesuai dengan namanya, persembahan yang telah dipersembahkan memang fantastic. I tell you memang rugi kalau tak pergi menonton. Lebih lanjut klik disini.

Selepas tamat pada jam 11 malam, kami pun balik ke First World hotel. Setibanya tiba dibilik, mula berkira-kira nak mandi ke taknak..hehehe.. Sejuk kot.. Sib baik ada hot shower. Memang cozy and affordable, and I think kalau nak stay di Genting Fist World memang pilihan yang terbaik.

All in all it was a great experience. Tak sabar nak pi event yang lain plak.

Fantastica! 2 at Resorts World Genting

Salam,

5 dazzling acts in 1 spectacular show? I call it awesomeness. Yup Fantastica! 2 memang awesome. Thank you to blooggers sebab invite I pergi menyaksikan ke"awesomeness"an ini.

Lebih teruja kerana I duduk di seat hadapan so memang clear tengak satu-satu persembahan. Persembahan malam tu bermula dengan The Upside Down Ceiling Walker. Jaw dropping I tell you. Mereka jalan terbalik dengan kepala pointed ke bawah pada ketinggian 30 kaki and macam magic mereka melawan hukum gravity. Siap boleh main badminton lagi. Kau rasa Lin Dan boleh menang tak kalau lawan ngan dorang. Siap menyanyi menari dalam keadaan terbalik. Tak tahu macamana dorang buat sebab tak nampak tali yang pegang mereka. Seriously memang spectacular.

The Upside Down Ceiling Walker
The Walker, Kar Leclerc
 Kemudian kami dihiburkan dengan parody ballet yang memang berjaya membuat kita ketawa. Persembahan ini dibawakan oleh duo yang sama untuk persembahan balancing acts yang sangat mendebarkan. Tak senang duduk melihat Dany Daniel, the Rola Rola Man melakukan aksi balancing yang dibantu oleh Edina. Memang berpeluh tengok walaupun suhu dingin di Genting.

The Rola Rola Man in Action
 Ngehngeh dalam banyak-banyak persembahan, I paling suka The Gazillion Bubble show oleh Jano Yang. "Simply unbubblievable", the effervescent showcase of bubbly magic and artistry will enchant all in the family, making me smile, laugh and feeling like a kid all over again.


Mesmerizing
Bubblelicious?
Me and Jano Yang
Last but not least adalah persembahan Deo Aqua Mermaids. Sangat lentik badan dorang membuat persembahan dalam water bowl dan bisa membuat kita terpukau dengan aksi-aksi akrobatik. Splash sana Splash sini habis basah lantai and ada beberapa penari yang terjatuh.. hehehehehe

Mongolians Anudari & Khaliun

Mermaids

Cool
Owh having said that, setiap persembahan diatas akan diselang seli dengan contemporary dance routines by 14 international free stylists and runway fashion show by European dancers. Macam tengok mixture of So you think you can dance dan Victoria's Secret fashion show.
The Dancers

Fashion show
So cepat cepat book you tickets cos tickets are now on sale at RM115 (VIP), RM88 (PS1), and RM55 (PS2) for adults; while for children tickets are priced at RM 60 (VIP), RM 45 (PS1), and RM 30 (PS2). So cepat-cepatlah pergi menyaksikan Fantastica!2 at Resots World Genting from 2nd November 2013 onwards. For reservations or enquiries, call 03 2718 1118 atau pergi saje ke www.rwgenting.com




Stars on Strings Show at Resorts World Genting

Salam,

Best memang best bila dapat jemputan untuk melihat sendiri 88 boneka yang dipersembahkan oleh puppet masters John Chisholm dan Josef Probst yang hebat dengan pengalaman lebih 25 tahun untuk menjadikan persembahan yang hebat dan sempurna di Resorts World Genting. Well we don't call them a puppet masters for nothing kan..

John Chisholm & Josef Probst
John dan Josef bertanggungjawab sepenuhnya dalam menghasilkan boneka serta animasi dengan penuh terperinci sehingga kita boleh lihat pergerakkan boneka yang diiringi dengan persembahan musikal sangat menghiburkan. Jadi tak hairan lah jika Stars on Strings ini feature on satellite television across Europe, as well as on major cruise lines such as Cunrad, P&O, Crystal, Silversea, Saga, and Norwegian Cruise Line untuk tontonan multilingual audiences.

One of the act
 Persembahan musikal tanpa henti selama 30 minit ini berjaya menarik minat saya untuk menonton dan bersama menyanyikan lagu yang dipersembahkan. Memang teruja habis. So cepat-cepat bawak satu famili naik ke Genting untuk menonton Stars on Strings sebab ianya akan berlangsung sehingga 9 December sahaja. Time time cuti sekolah ni memang sesuai lah bawak anak-anak untuk menontonnya.

Me trying to be puppet masters. Berat wooo










Tiket pun tak mahal mana, VIP RM 25 dan PS1 RM 15. Jika you guys ialah Genting Rewards Card Member boleh enjoy dengan special rate RM 18 utk VIP dan RM11 untuk PS1. Rugi kalau tak pergi. For more information log on je kat www.rwgenting.com atau call 03-6101 1118.


Jumaat, 22 November 2013

Great tips

Salam,

Saya suka tips dibawah ni. Satu yang paling utama ditinggal jangan, SOLAT

Source:
Motivational Quotes : Google
Picture of me : personal archive

Khamis, 21 November 2013

Hunger Games : Catching Fire

Salam,
Source : Google
Awesomeness!!!!!

Best sangat bila dapat pergi premier screening The Hunger Games: Catching Fire. Thank you to Mr. Rawlins sebab sudi bawa I pergi tengok.

Ok sedikit sinopsis. Penceritaan kali ini menceritakan Katniss Everdeen dan Peeta Mellark kembali ke District 12 selepas menang dalam 74th Annual Hunger Games dalam siri yang pertama dulu. 

Menang bermakna mereka perlu melaksanakan "Victor's Tour" ke semua District yang terlibat untuk memberi penghormatan terakhir kepada yang telah mati. Semasa tour ni, si Katniss perasan akan ada pemberontakkan untuk menentang tradisi ini dimana mereka mula percaya bahawasanya ada sinar harapan untuk kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang dan menjadikan Katniss sebagai inspirasi atau sort of macam leader pemberontakkan gitu.

Pada masa yang sama President Snow yang jahat ni terpaksa merancang plan untuk membunuh Katnis dengan mengadakan 75th Annual Games dengan memanggil semua Victors from previous series of Hunger Games atau dikenali sebagai The Quarter Quell untuk menjadi pemain dalam games yang kejam ini.

Source : Google
So banyak aksi yang hebat dipertontonkan semasa The Quater Quell berlangsung yang perlu anda pergi menontonya sendiri di pawagam. 

So berjayakah president snow ni nak bunuh si Katniss atau akan berlakukah pemberontakkan? 

All in all I love this movie, sedih, mendebarkan, dan mengajar kita agar terus survive dan tak give up. Dan paling penting baju baju dalam cerita ni memang superb.

So apa lagi, pi lah tengok...

Yang tak sabar nak tengok sambungannya,

Rabu, 20 November 2013

Sepetang bersama Blooggers di majlis pelancaran Videobrosur

Salam,

Alhamdulillah selepas last minute try, saya telah dijemput ke satu event pelancaran #videobrosur bersama #blooggerstv di Khadijah's Kitchen, Setapak, Kuala Lumpur pada 16 November yang lepas.

Video brosur merupakan satu medium pengiklanan menggunakan video melalui media digital dan sosial yang dibangunkan oleh Bleu Nagas production Sdn Bhd. Terdapat pakej-pakej yang menarik untuk semua pengusaha-pengusaha bisnes, SME terutamanya diluar sana untuk mencuba memasarkan produk melalui medium ini. Nak tahu apa pakej yang menarik itu, boleh la melayari laman web mereka di www.videobrosur.com.my

Mr Mohan Krishna, CEO Bleu Nagas 
Untung menjadi sebahagian komuniti Blooggers yang menghimpunkan barisan bloggers yang hebat-hebat. Dapatlah saya mengenali dan mempelajari serta beramah mesra dengan mereka semasa di dalam sesuatu event. So please jangan serik invite saya yea.. hehehehe.. Pi je like facebook page mereka di bloogers dot com untuk turut sama menjadi sebahagian daripada komuniti bloggers.

Sebahagian daripada komuniti Blooggers
Semasa event pelancaran ini, kami telah disajikan dengan sajian yang sungguh enak dan satu pengalaman yang paling best adalah bertemu dan dihiburkan oleh penyanyi yang hebat dan masih hebat iaitu Dato' Khadijah Ibrahim yang merupakan owner Khadijah's Kitchen. Kelunakkan suara beliau menyampaikan dua buah lagu "Doa buat kekasih" dan olahan semula "Getaran jiwa" telah berjaya memukau semua yang ada pada petang itu.



Sungguh seronok sepetang bersama geng #blooggers, #videobrosur dan Dato'. Tahniah diucapkan kepada blooggers dan Blue Nagas diatas penganjuran event ini dan pelancaran videobrosur.

Sehingga bertemu lagi.


Selasa, 19 November 2013

#mostglam Dinner

Salam,

Masih belum terlambat untuk saya ceritakan majlis makan malam atau secara khususnya dinamakan Glam dinner yang telah diadakan di Marriot Putrajaya pada 9 November yang lepas.

Saya rasa bertuah kerana telah dijemput dan menghadiri ke majlis yang penuh glamorous dan esklusif ini bagi meraikan kejayaan Glampreneurs yang rata-ratanya anak muda melayu merangkul pangkat tertinggi dalam syarikat iaitu Crown Diamond Manager (CDM).

Dengan tema Hollywood Glamour, saya tampil dengan gaya formal kasual seperti gambar dibawah.



dan berikut adalah antara moment yang sempat dirakamkan (credit to tuan punya kamera; Mr Rawlins)

Our team

OneD wannabe?? hahahaha

With Raz - Founder Glam

With Hanis -Founder Glam

All happy faces - Perasan tak I pegang award??
Saya sangat teruja melihat kemeriahan Glamdinner ini. Dewan dihiasai indah, disajikan dengan makanan yang sedap dan dihiburkan oleh live band. Saya lagi teruja bila mengetahui majlis yang penuh gilang gemilang ini diuruskan 100% oleh Glampreneurs sendiri. Tabik spring dengan committee yang telah bekerja keras memastikan Glamdinner berjalan dengan lancar.

Antara acara yang telah dijalankan adalah Penganugerahan, Cabutan bertuah, dan Best Dress which ketiga-tiganya saya tak dapat ( huaa sedih). Tapi takper... In Shaa Allah tahun depan saya akan berusaha lebih untuk memastikan saya merangkul kesemuanya. Bwahahahahahaha...