Khamis, 4 Disember 2014

Drama penuh aksi dan cinta arahan Jehan Miskin cipta dimensi baru dunia televisyen tempatan

Salam,

Seronok rasanya hati ini bila mendapat jemputan menghadiri Tayangan Perdana drama “SELUDUP” di TGV One Utama, Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu. Tayangan perdana tersebut dihadiri para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. ‘Seludup’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd.

Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP
Drama “SELUDUP”yang  dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember, hari ini y’all dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014. Drama yang ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip pasti membuatkan anda melekat terus pada TV.

Pekin Ibrahim memain watak Amran dalam drama siri SELUDUP
Tiz Zaqyah memain watak Yasmin dalam drama siri SELUDUP













Namron memain watak Tam dalam drama siri SELUDUP

Syafie Naswip memain watak Jai dalam drama siri SELUDUP
Raja Ilya memain watak Rina dalam drama siri SELUDUP
Sedikit sinopsis mengenai drama ini yang berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.


Jehan Miskin,
Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din
Syabas diucapkan kepada Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon, telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz.

Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.

Dan menurut saya pula dari kaca mata seorang penonton, drama “SELUDUP” ini berjaya membuatkan saya jadi tak sabar nak tengok apa yang bakal terjadi kepada Pekin selepas menonton tayangan perdana ini. So pastikan anda melekat di depan TV setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


Yang bukan penyeludup,






Jumaat, 24 Oktober 2014

Kisah di sebalik tragedi Zhemchug semasa Perang Pulau Pinang

Salam,

Sajalah nak kongsi artikel yang saya dapat dan sangat menarik untuk dicopypastekan bagi pengetahuan kita bersama.  

Kisah di sebalik tragedi Zhemchug semasa Perang Pulau Pinang. 

Menurut buku nukilan Dr. J. R. Robertson yang bertajuk ‘The Battle of Penang – 1914’, kapal British bernama ‘HRM Yarmouth’ cuba mengesan kapal Jerman bernama ‘SMS Emden’. Ketika itu, Great Britain, France dan Rusia menjalin Perikatan Bersekutu semasa Perang Dunia Pertama. Ramai yang beranggapan ‘Emden’ berada di Perairan Arab berikutan ketiadaan berita terbaharu tentang kapal Jerman yang diketuai oleh Kapten Karl von Mueller tersebut.

Kapal Rusia ‘Zhemchug’ pula berlabuh di Pulau Pinang untuk penyelenggaraan. Kapten Zhemchug, Baron Ivan Alexandrovich Cherkasov telah diyakinkan oleh Jeneral Gabenor di Rangoon tentang keselamatan kapal beliau dan mengambil keputusan untuk menginap di Hotel E & O, Georgetown bersama isterinya yang baru tiba dari Rusia, Baroness Varvara Cherkasova.

Kapten Von Mueller sebenarnya sangat arif dengan perairan di situ dan kedudukan pelabuhan kerana sering melawat Pulau Pinang sebelum peperangan tercetus. Beliau dipercayai memilih untuk menyerang Pulau Pinang kerana terdapat kapal perang dari pihak Perikatan Bersekutu. Menurutnya, tiga kuasa besar tersebut setanding dengan kekuatan tentera Nazi Jerman dan peperangan seperti ini akan mencatat sejarah yang menjadi sebutan sampai bila-bila.

Emden dikatakan mula belayar secara senyap dari pukul 2 am pada tarikh 28 Oktober 1914 itu. Kapten Von Mueller memilih untuk belayar secara perlahan sementara menunggu air pasang pada pukul 5 pagi. Malah beliau dikatakan sangat arif dengan kawasan cetek dan beg pasir yang boleh memerangkap Emden sekiranya tersalah haluan dalam pelayaran.

Pada kira-kira pukul 4.30 pagi, Emden telah pun memasuki kawasan luar pelabuhan Pulau Pinang dengan kelajuan 11 knot. Dengan menyamar sebagai kapal British, ‘HRM Yarmouth’, Endem berjaya mendekati kawasan pelabuhan. Malah terdapat laporan mengatakan, bot kecil yang berada di perairan terdengar Kapten Von Mueller memberitahu  yang beliau dari kapal Yarmouth.

Pihak Jerman berjaya mendekati Zhemchug dan pada kira-kira pukul 5:18 pagi, Emden memulakan serangan dengan melepaskan meriam kea rah Zhemchug. Akibat serangan Emden, kapal Zhemchug tidak berada dalam kedudukan optimum untuk melepaskan serang balas. Dengan keadaan sedikit terjongket dan kedudukan sangat dekat dengan Emden, Zhemchug melepaskan tembakan tetapi tidak menepati sasaran.

Kapal Perancis ‘Mousquet’ pula baru tiba dari rondaan turut diserang oleh Emden. Menurut laporan, Mousquet tidak melepaskan sebarang tembakan ke arah Emden atas sebab yang tidak diketahui, Akhirnya, Zhemchug dan Mousquet tenggelam dalam perairan Pulau Pinang.
         
Sementara itu, Baron Cherkasov yang berada di hotel bersama isterinya terbangun dan tidak dapat melakukan apa-apa. Beliau hanya mampu melihat dari tingkap bilik hotelnya. Peperangan tersebut telah meragut nyawa 88 kelasi Rusia dan mencederakan 121 yang lain. Ketika kejadian berlaku, nelayan Pulau Pinang yang berada berhampiran pelabuhan terus menaiki bot masing-masing dan menyelamatkan kelasi Rusia yang berada di laut.
                
Baron Cherkasov dan orang kanannya, Lt Kulibin telah dikenakan tindakan ketenteraan atas kecuaian mereka. Baron Cherkasov dipenjarakan selama 3 ½ tahun, dilucut pangkat dan dibuang dari Tentera Laut Rusia. Manakala Lt Kulibin dipenjara selama 1 ½ tahun. Bagaimanapun atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang perkhidmatan, Tsar Nicholas Kedua telah mengubah hukuman tersebut dan memutuskan supaya mereka berkhidmat sebagai tentera biasa tanpa sebarang pangkat.
                
Kejadian ini sebenarnya merupakan titik tolak hubungan baik antara Rusia dan Malaysia yang jarang diperkatakan orang. Dalam jumlah yang terkorban itu, 12 disemadikan di Pulau Pinang, termasuk 2 di Pulau Jerejak. Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas.




                
Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia datang ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak. 

Rabu, 22 Oktober 2014

Majlis Penghormatan Ulang Tahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang

Salam,

Majlis Penghormatan ulang tahun ke 100 Peperangan Pulau Pinang yang akan diadakan pada 28 October 2014 ini. Ayuh sahabat-sahabat yang berada di Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya, kita pakat ramai-ramai pi event ni. Sejarah membentuk kita pada hari ini.. gituhhh



Yang cintakan kedamaian,

Selasa, 21 Oktober 2014

Teater Bangsawan Merong Mahawangsa (Suaraku Bernafas)

Salam,

Teater Bangsawan Merong Mahawangsa (Suaraku Bernafas) yang telah dipentaskan di Pentas Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini serentak dengan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada penilaian saya dari kaca mata seorang penonton, sedikit mengecewakan. 

Jalan cerita yang kurang jelas dan watak Merong Mahawangsa yang seharusnya digambarkan sebagai seorang pahlawan lagenda gagal diterjemahkan dengan baik dalam pementasan ini sebaliknya watak Telani kelihatan lebih gagah melalui beberapa siri aksi lawan yang ditonjolkan.  Saya tidak tertarik dengan busana dan penggunaan serta tata hias set pentas mungkin kerana terdapat kekangan kewangan.

Cahaya dengan keletahnya yang menggelikan hati
Antara babak romantis Merong Mahawangsa dan Embok
Telani kecewa cintanya terhadap Merong Mahawangsa tidak berbalas pergi berperang untuk menyelamatkan kawannya Embok
Merong Mahawangsa bersama Laksamana Liu Yun bersatu untuk menentang Tentera Taji
 Namun usaha yang telah diberikan oleh semua pihak terutamanya Raja Azrey selaku pengarah dan kumpulan Opera Sri Bandaraya yang membariskan pelakon terdiri daripada unit kesenian dan kebudayaan serta pemuzik DBKL sendiri, harus diberi pujian dan saya percaya dari masa ke semasa pementasan seumpama ini pasti boleh diperbaiki lagi. 


Raja Azrey selaku Pengarah bersama barisan pelakon dan orang kuat DBKL
Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang senantiasa mendokong dan mengetengahkan aktiviti-aktiviti  kebudayaan dan kesenian negara agar tidak luput dan lekang dek zaman.

Terima kasih juga kepada DikBee dan Poyak untuk gambar-gambar yang menarik dan cantik walaupun tempat duduk kami jauh nun diatas sana.

Yang makan mint untuk nafas segar,

Rabu, 20 Ogos 2014

Pengumuman Pemenang Peraduan #masukdramaseludup

Salam,

Huntongglaaa mereka ini berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip, Raja Ilya dan Jehan Miskin yang turut membintangi drama bersiri 13 episod ini selain bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Pada 16 Ogos yang lepas satu pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup telah dibuat makanya pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan ini. Tuah ayam Nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahukan.
Dari kiri- Mohd Andika bin Abdul Halim, 25 dan Nur Afieqah binti Zulkarnain, 20

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’ yang kini di dalam fasa kedua penggambarannya, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. Wow!!! Lumayankan.

Menurut Jehan, Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka.





Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair ulas Jehan lagi.


Best Best, kita tumpang gembira dengan kejayaan mereka ini. Mana tau jika ada rezeki mereka boleh jadi pelakon terkenal tanahair satu hari nanti.


Nak tahu lebih lanjut mengenai #Seludup dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


Yang bakatnya adalah makan,


Rabu, 16 Julai 2014

Resepi Ibunda di Soi23, Pacific Regency Kuala Lumpur

Salam

Alhamdulillah berkesempatan untuk berbuka puasa di Soi23, Pacific Regency Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak Soi23 kerana sudi menerima saya untuk berbuka puasa disini dan mahamahu sebab sudi pelawa kita.


Dengan pemandangan kuala lumpur yang indah pasti berjaya membuka selera apatah lagi dengan barisan makanan yang bertemakan resepi ibunda pasti lebih menyelerakan. Daripada pembuka sehinggalah ke pencuci mulut. Semuanya mampu membuatkan deria rasa ini “meletup”.  

Sambal petai udang adalah terbaik sebab segar dan dah dikopek siap-siap kulitnya. Jadi memang berulanglah meratah sambal udang ni. Selain daripada udang, murtabak juga sangat sedap. Sebelum datang memang dah teringin nak makan murtabak. Bila ternampak murtabak seperti orang mengantuk disorongkan bantal.


Banyak lagi lauk-pauk yang sedap yang mesti anda tidak boleh lepaskan. Antaranya paru, sambal sotong, rendang, kambing kuzi yang langsung tiada bau hamis dan banyak lagi pilihan untuk dicuba.






Jadi tunggu apalagi segeralah buat tempahan sebab harganya sangat berpatutan iaitu RM88++. Hubungi sahaja;

SOI23 PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Tel : 03 - 2332 7777 ext 6807
Email : fnbadmin@pacific-regency.com
Laman Web : www.pacific-regency.com

Facebook : https://www.facebook.com/prhskl


Selasa, 15 Julai 2014

Meriah nyeww Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana.fm dan Pak John Steamboat


Salam,

Alhamdulillah rezeki Ramadhan tahun ini memang murah. Terima kasih Halim Brothers kerana sudi menjemput kita untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras dan blogger pada 10 Julai 2014 yang lepas. Terima kasih yang paling tak terhingga kepada Pak John Steamboat dan eWana.fm yang sudi menaja majlis iftar ini.



Antara barisan vvip dan artis yang turut sama memeriahkan 
lebih 300 orang hadir bagi sama meraikan anak-anak yatim 

Memang meriah majlis ini dengan persembahan artis dan hiruk pikuk bloggers bila masa cabutan bertuah. Mahu bergegar the Curve dibuatnya. Masing-masing bila dah berjumpa seronoklah bercerita dan bergossip. 

blogger-blogger yang bikin havoc!!
Nah tengok video ni kalau tak percaya 


Sejujurnya saya bukanlah peminat tegar makanan berkonsepkan steamboat ni (psst.. sebab tak reti masak kui..kui..kui) tapi apabila melihat kesegaran sayur-sayuran, makanan laut dan kepingan-kepingan daging untuk digrill yang disusun rapi mengikut kategorinya membuatkan saya teruja.

Sayur-sayuran segar

Daging dan makanan laut
Namun apa yang paling penting bagi steamboat adalah kesedapan supnya. Kalau sup tak sedap maka tak sedaplah. Tapi saya tak risau sebab nampak tagline “We only serve Quality and Fresh” di pintu masuk Pak John Steamboat, menjadikan saya yakin supnya pasti sedap. Pak John Steamboat menyediakan 6 sup untuk dipilih. Untuk majlis ini saya dihidangkan dengan sup tomyam dan udang. Kedua-dua sup ini memang tidak mengecewakan malah disarankan. Antara sup-sup yang lain yang wajib dicuba adalah; 
  1. Kari
  2. Ayam
  3. Miso
  4. Beef bone pepper
Saya amat menggemari seafood dimsum yang mana dalamnya ada telur ikan, pulut sambal yang mengasyikkan, wafer yang fresh disediakan oleh chef tika dan saat itu dan ais krim potong kacang merah yang pasti membuatkan saya ingin kembali semula. Saya ni tak sah kalau buka puasa takde kuih. Dalam banyak-banyak kuih tradisional yang disediakan kuih buah Melaka lah yang menjadi idaman hati.
Saya pasti akan datang sekali lagi!!

Sekiranya anda mahu pergi berbuka puasa seperti saya, boleh lah memilih salah satu dari cawangan restoran Pak John Steamboat seperti dibawah. Harga buffet Ramadhan pun amatlah berpatutan dan berbaloi iaitu RM 39++ dan budak 8 tahun dan ke bawah adalah percuma. Terus sahaja ke website restoran Pak John Steamboat di www.pakjohn.com untuk mengetahui lebih lanjut.

1.   Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
      eCurve
      Lot LG-13A & LG-15,
      Lower Ground Floor, eCurve
      No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
     47810 Petaling Jaya
     Tel: 03-7733 3913


2.   Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Fo
            Wangsa Walk Mall
            Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
            Wangsa Avenue 
            No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
            53300 Kuala Lumpur
            Tel: 03-4141 8898

Yang kekenyangan,

Jumaat, 11 Julai 2014

Iftar Ramadhan di The Everly Putrajaya

Salam,

Alhamdulillah dimurahkan rezeki di bulan Ramadhan ini bila mendapat jemputan untuk berbuka puasa di The Everly Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Alamanda, Putrajaya. Jadi, terima kasih kepada The Everly & Mahamahu kerana sudi menjemput saya. 

Sejurus tiba di Fuze Cafe, mata terus tertancap ke arah Kambing Fuzi yang kelihatan begitu lazat dan deretan pencuci mulut yang boleh membuatkan air liur meleleh. Tema yang ditampilkan adalah masakan tradisional. Jadi terdapat barisan lauk-pauk yang lazat dan ulam-ulaman untuk dipilih.

Kambing Fuzi
Credit picture to mahamahu.com
Satu keistimewaan di Fuze Cafe adalah sayur-sayuran segar yang kita sendiri boleh pilih dan beri pada Chef yang hebat untuk digoreng pada masa dan ketika itu. Untuk yang ini memang saya pergi berkali-kali untuk meratah sayur sahaja. Terus rasa sihat. 

Buffet Ramadhan disini saya boleh katakan sangat berbaloi dengan harga RM 98.00 untuk dewasa dan RM 49.00 untuk kanak-kanak. Sekiranya anda tempah dari 30 Jun hingga 24 July, ada potongan harga dan sekiranya lebih dari 10 orang akan dapat percuma 1 orang. Selain daripada itu, Pihak Everly juga ada menyediakan kaunter zakat bagi memudahkan kita untuk membayar.

Jadi segeralah buat tempahan anda. Anda boleh hubungi :

THE EVERLY PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8892 2929
En Hanif : 017- 474 2492
Cik Grace : 016 - 421 0663

 

Isnin, 30 Jun 2014

SELUDUP dan Menang

Salam,

Pada 25 Jun 2014 hari Rabu yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke satu Majlis Sidang Media drama bersiri SELUDUP yang bergenrekan aksi, terbaru daripada Astro Prima (saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd. Drama bersiri ini dijangka akan mula ditayangkan menjelang hujung tahun ini.

Majlis Sidang Media SELUDUP

Drama bersiri 13 episod ini akan dibarisi oleh para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah yang memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin. Pelakon-pelakon lain yang turut diumumkan pada sidang media ini termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit turut memainkan peranan sebagai pelakon bagi drama SELUDUP ini.

Kami bersama barisan pelakon Drama SELUDUP
Penggambaran drama penuh aksi ini akan bermula pada pertengahan Julai 2014 di Jeti Pengkalan Balak, Melaka. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.

Jika anda ada bakat terpendam sertailah ujibakat SELUDUP sekarang. Mudah jer, rakamkan lakonan anda dengan skrip pendek yang telah disediakan dan muatnaikan video lakonan anda. Anda berpeluang memenangi wang tunai. Lebih lanjut klik link ini Bit.ly/Seludup


Dan jangan lupa untuk singgah dan like;

       Facebookhttps://www.facebook.com/Seludup
       Instagramhttp://instagram.com/seludup 

Yang bukan penyeludup,

Sabtu, 1 Februari 2014

Cheese cake yang lazat

Salam..

Slurppp.. Alhamdulillah, memang sedap sangat kek keju yang diberikan kepada saya oleh Huna ini. Teksturnya yang lembut dan padat serta rasanya yang mewah membuatkan saya seperti berada diatas kayangan. Lapisan cookies yang tidak tebal dan tidak pula nipis merupakan pelengkap yang terbaik bagi cheese cake ini and I love the strawberry very much!!!




Thanks Huna sebab bagi saya sepotong kemewahan dan keseronokan.

Yang tidak disuruh puji makanannya,